A few months back ada taklimat pasal rasuah oleh SPRM. An interesting talk. Banyak bagi pengajaran.

Tapi talk kedua oleh ex-majistret tuh yang den ternanti-nanti. Talk pasal pengalaman hidup dia ambil rasuah sampai la ditangkap SPRM sampai la dia masuk penjara fo 1 year 7 bulan 10 hari.

He is a very young fella. He is 33 years old. Graduated from UiTM.

Masa dia jadi majistret di Gua Musang & Kuala Kerai, dia ambil rasuah daripada 2008 - 2009. Orang tengah dia berurusan adalah Pegawai Pendakwa.

Awal bismillah rasuahnya bermula dengan sekotak rokok mereducekan hukuman kes kesalahan trafik. Then the bribe grows up to ribu riban.

Dia kata at one time, masa dia berulang dari Mahkamah di Kuala Krai ke Gua Musang, dalam perjalanan 30 minit tuh, sambil memandu dia dok kira duit rasuah RM50 sekeping-sekeping cukup RM1K ikat dengan getah letak tepi. Dalam masa 3 hari dia bley dapat RM5K-RM6K duit rasuah.

Katanya balasan akibat rasuah nih Allah dah bagi kat dunia lagi.

Lepas dia ditangkap dengan SPRM, lepas kena pertuduhan semua, dia pernah duduk kat laman umah mak mentua dia kul 3 am sambil dok tanye nape dia yang kena. Sampai sanggup minta Allah buktikan kuasaNya. Lepas dia cakap camtuh kilat terus memanah tangki air kat umah mak mentua dia.

Dia tak keluar rumah 4 bulan.

2 minggu nak masuk Mahkamah Rayuan, mak, adik & ayah tiri dia meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya.

Dia disabitkan kesalahan or ditangkap SPRM 2 hari sebelum hari raya Aidiladha.

Dia masuk lokap masa wife dia mengandung 9 bulan anak sulung.

2 minggu dia tak dapat nak baca Quran, even huruf alif lam mim.

Dia ada 50 pasang kasut yang dibungkus rapi & disimpan dalam almari kayu. Anai-anai makan 48 pasang kasut yang dibeli dengan duit rasuah. 2 pasang kasut yang dibeli dengan duit gaji & almari kayu tuh itself tak disentuh langsung oleh anai-anai.

Wifenya (a lawyer) mengalami tekanan perasaan yang sangat teruk. Bermula dengan kemurungan, then skizofrenia & akhirnya mengalami halusinasi sampai kena bergantung dengan ubat.

Kat penjara hidup sangat terseksa. Masa berlalu lambat sangat-sangat. Ada banduan yang susun gula pasir sebiji demi sebiji dalam nak mengharung hari demi hari. Ada banduan yang membela ikan goreng dalam gayung.

Kalo makan bubur kacang dalam gayung, kacangnye 5 biji selebihnya kuah je. Kalo makan kanji, kanji sikit je, selebihnya kuah kanji campur kepala & perut bilis. Frozen food untuk makanan banduan adalah frozen food sejak 2 tahun lepas camtuh.

Dilempang, ditendang & dipukul dalam penjara perkara biasa.

Sebab-sebab dia terjebak dengan rasuah sebab tak mendekatkan diri dengan Allah, keterhutangan serius (buat RM40K loan, masuk skim cepat kaya then duitnye lebur), nak bergaya dengan barangan branded, etc.

Dia berpesan supaya jangan sekali-kali menghampiri rasuah sebab kesannya adalah sangat-sangat buruk kepada diri sendiri, keluarga, organisasi, etc.

Rasuah lebih addictive daripada dadah.

Kesimpulannya memang kena sangat berhati-hati bila buat keje coz kadang-kadang secara tak perasan kita terjebak dengan rasuah & once dah terjebak there is no way back.

3 Comments

  1. The story of that guy so realistic.. Adakah ia satu kempen psychology yg teramat berkesan utk membuahkan ketakutan?
    Menghindari rasuah harus d didik semasa anak2 mula tau membaca.. Ajarkan utk kenalpasti apa itu RASUAH.. Didik dgn ugama utk jauhi rasuah..

    Bukan mcm skrg..

    Rasuah d jadikan sebegitu menakutkan dr Hantu.. Tp manusia tdk cemas.. kerana sudahnya Hantu pun ada kelemahannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Den rasa untuk apa-apa perkara yang berkaitan dengan awareness & pendidikan samada agama, alam sekitar, sahsiah diri, rasuah, etc, semuanya adalah ideal diperkenalkan sejak budak-budak kecik lagi.

      Cumanya kesedaran dan pendidikan nih boleh jugak diperkenalkan di pelbagai peringkat umur dengan pelbagai pendekatan.

      Kalo untuk orang gomen macam den nih, sekali sekala elok juga diceramahkan camnih.

      Delete
  2. The story of that guy so realistic.. Adakah ia satu kempen psychology yg teramat berkesan utk membuahkan ketakutan?
    Menghindari rasuah harus d didik semasa anak2 mula tau membaca.. Ajarkan utk kenalpasti apa itu RASUAH.. Didik dgn ugama utk jauhi rasuah..

    Bukan mcm skrg..

    Rasuah d jadikan sebegitu menakutkan dr Hantu.. Tp manusia tdk cemas.. kerana sudahnya Hantu pun ada kelemahannya.

    ReplyDelete