Ada banyak default setting dalam hidup kita nih den rasa.

Ketetapannya kewajipan solat lima (5) tapi mungkin kita solat 5 waktu tapi jarang benar nak kusyuk atau solat 5 waktu tapi selalunya di akhir waktu atau solat tetapi masih lompong-lompong di sana sini atau hanya solat Jumaat atau hanya solat Aidilfitri atau jarang solat, etc.

Ketetapannya posa di bulan Ramadhan tapi mungkin kita posa penuh tapi mendapat hanya lapar dan dahaga atau posa penuh tapi tidak solat atau posa tapi kekal mengumpat atau posa tapi lompong-lompong atau tidak posa, etc.

Ketetapannya membayar zakat tapi mungkin kita bayar zakat kurang daripada jumlah kiraan yang ditetapkan atau kita bayar zakat sekali sekala apabila teringat atau kita tidak bayar zakat sebab tidak diwajibkan secara perundangan seperti cukai pendapatan, etc.

Ketetapannya selalu membaca Quran tapi mungkin kita khatam Quran setahun sekali atau kita baca Quran sebulan sekali atau kita baca Quran semasa bulan Ramadan sahaja atau kita baca Quran semasa program tadarrus yang dianjurkan oleh opis atau kita hanya baca Quran semasa kita mengandung atau kita sendiri tidak ingat bila kali terakhir kita baca Quran, etc.

Ketetapannya sentiasa berzikir selalu tapi mungkin kita berzikir selama 3 minit selepas setiap solat waktu atau kita berzikir hanya apabila kita kurang sihat atau kita sendiri tidak ingat bila kali terakhir kita berzikir, etc.

Ketetapannya apa-apa pekerjaan adalah ibadah tapi mungkin kita bekerja separuh hati hanya bekerja kerana gaji atau kiraan kita curi tulang lebih banyak daripada kita bekerja atau kita bekerja secara ‘asal buat’ kerana kalau kita bekerja lebih pun setakat tuh je gaji kita atau kita sedaya upaya mengelak kerja sehingga orang lain terpaksa buat kerja kita atau kita buat kerja apabila diketuk, etc.

Ketetapannya anak adalah amanah yang perlu dididik dengan penuh kasih sayang tapi kadang-kadang sebagai parents kita tidak memberikan didikan yang selayaknya kepada mereka atau mungkin kita terlalu sibuk dengan kerja sampai tidak sempat meluangkan masa bersama mereka atau kita mungkin bercakap dengan kasar dengan mereka atau kita terlalu leka dengan gadjet sehingga terkurang masa untuk melayan mereka bermain/bercerita/bersenda gurau, etc.

Ketetapannya nafkah adalah tanggungjawab suami tapi mungkin suami buat-buat terlupa nak bagi nafkah kerana isteri bekerja atau nafkah yang suami adalah secara ala kadar kerana suami mengutamakan perbelanjaan yang tidak sepatutnya atau suami memang tidak bertanggungjawab dalam bab nafkah, etc.

Ketetapannya adala menutup aurat tapi mungkin tudung kita masih tidak menutup dada atau tudung kita jarang atau kita masih tidak memakai stoking, etc.

Ketetapannya antara ciri yang perlu ada pada seorang bos adalah bersikap adil tapi kadang-kadang ada boss garang pada orang yang dia boleh ‘makan’ sahaja atau akan berikan kerja pada orang tertentu sahaja atau memberi penghargaan pada pekerja yang pandai bercakap dan mengipas, etc.

Ketetapannya adalah jangan mengumpat tapi kadang-kadang ada orang tuh memang mengundang untuk diumpat atau mengumpat is a sport, etc.

Ketetapannya team work adalah kerjasama dalam satu pasukan secara adil tapi mungkin dalam kumpulan itu, hanya 2 orang yang buat kerja, yang lain hanya menumpang mendapat credit, etc.

Ketetapannya bayaran kerja lebih masa adalah diberikan atas kerja-kerja yang terpaksa dibuat di luar waktu kerja tetapi mungkin ada yang OT nya 8 jam tetapi claim nya 12 jam atau secara bersahaja menangguh kerja agar dapat membuat OT atau mencipta OT setiap bulan walaupun tidak perlu, etc.

Banyak lagi default setting dalam hidup nih kalo nak disenaraikan cumanya yang den nak ceite semua ketetapan dalam hidup kita adalah sempurna dan terbaik cumanya sama ada kita nih melaksanakannya secara sangat lompong atau kekurangan di sana sini.

Banyak perkara yang nak kena ditambahbaik dalam hidup nih lagi-lagi pasal yang berkaitan dengan akhirat.

0 Comments