Berbaloi Ke?
Adakah semua kursus-kursus
yang den pergi & joint nih melibatkan kos?
Yupp semuanya melibatkan
kos yang cecah ratus-ratus tapi tak sampai RM 1 K.
So adakah berbaloi pergi
semua kursus yang dikenakan bayaran tapi end up tak dipraktikkan gitu?
Macam den pernah kata,
dalam hidup nih tak semua perkara boleh dihitung untung rugi berdasarkan
nilaian duit.
So den cuba senaraikan apa
den dapat daripada semua program yang den dah pernah joint nih ye:
Public Mutual
1. Sekupang ilmu pasal unit
trust walopun sekarang den dah lupa hahahahahahaha.
2. Berjaya melepasi exam jadi
agen unit trust at the first try. Untuk orang yang dah lama tinggalkan dunia
blajar & amik exam tentang perkara yang sangat asing dalam hidup, den happy
la dapat lulus exam di percubaan pertama. Banyak jugak nota yang nak kena baca
k. Berpinar-pinar jugak la bijik mata membacanya.
Amanah Raya
1. Tau sedikit sebanyak pasal
kepentingan mempunyai wasiat walopun sebagai orang Islam kita biasa dengar
pasal faraid. Tau jugak skit-skit pasal beza faraid, wasiat & hibah walopun
kalo orang tanye sekarang memang den nak kena tengok nota balik sebab dah
ingat-ingat lupa camtuh. Maklum lah orang gold fish memory memang camnih.
2. Den & buong dah ada
wasiat dengan Amanah Raya. Walopun wasiat nih tak pernah diubah sejak tahun
2010, in sya Allah kami dah ada wasiatnya.
p/s 1 mana pulak den letak
kad wasiat kitaorang kan muahhahahaha.
p/s 2 pasal beza buat
wasiat dengan Amanah Raya dan mana-mana agensi swasta tuh rasanya boleh lah
disiasat sendiri di google. In sya Allah kalo berkesempatan den coba ceite
pasal nih kelak. Banyak isu dan debate pasal wasiat nih. Samada kita rajin nak
cari info nye ke idok la.
Nih sibuk dok baca US
Weekly, People.com, etc dok ikut kisah chenta Blake Sheldon & Gwen Stefani….eh
eh eh…sapa nih…den la tuh ya…hehhhehehhehee.
Emas
1. Den dapat beli emas dengan
harga ahli. Dapat jual kat kengkawan & dapat untung skit.
2. Sehingga hari ini sampai la
diberitahu kelak kalo ada perubahan, den masih boleh beli barang kemas dan gold
bar dengan harga ahli bila ada duit.
3. Lepas tuh ada group untuk
semua ahli emas nih. So boleh tengok semua gambar barang kemas yang diupdate
oleh tauke emas tuh.
Broker Hartanah
Macam-macam info &
pengalaman den dapat yang perlukan satu entry khas kelak bila den sempat nak
ceite.
Tapi secara ringkasnya, den
dapat blajar tentang:
1. camne nak yakinkan penjual
untuk lantik kita sebagai orang tengah untuk menjual atau carikan penyewa rumah
mereka;
2. camne nak yakinkan pembeli
yang rumah yang kita nak jual tuh adalah sesuai & affordable untuk mereka;
3. bantu sedikit sebanyak penjual
& pembeli dalam memahami proses & prosedur penjualan & pembelian
umah. Walopun ada penjual & pembeli reja baguih-baguih, samada depa tak
sempat nak check info pasal jual beli umah nih. 70% den jumpa depa memang
berharap penuh dengan broker hartanah/ejen umah untuk settlekan hal jual beli
umah nih.
Kadang-kadang den terfikir kalo depa terjumpa dengan broker
hartanah yang propa & not true to his word, kalo tak bernasib baik
kemungkinan penjual & pembeli dikelentong akan ada. Kesian k kalo terjadi
camnih coz setakat yang den jumpa, 70% penjual & pembeli adalah rakyat
dalam kategori yang sangat sederhana, nak pakai sangat duit, etc.
4. Info pasal perjanjian jual beli yang disediakan oleh lawyer.
5. Loan umah oleh bank-bank.
Banyak lagi stuff yang den
dapat rasanya masa jadik broker hartanah nih. In sya Allah den ceite kengdian
yek.
So in a nutshell, chewahhh
cakap omputih plak ye. In sya Allah berbaloi pelaburan untuk ilmu. Terpulang
kat diri masing-masing camne interpretasinya camtuh.
p/s
Ada orang terapinya adalah berjalan-jalan di shopping complex, shopping, etc.
Den punya terapi adalah tengok gambo umah & barang kemas hehehhehehehe.
0 Comments