Katanya aquarium terbesar kat Asia Tenggara.
Harga tiket untuk dewasa dengan MyKad RM 33. Harga tiket kanak-kanak dengan MyKad dari umur 5-12 tahun RM 23.
Sementara mama settlekan hal tickets, budak-budak & papa tengok ikan-ikan dulu.
Ada jadual waktu bagi makanan kat ikan kalo sapa-sapa nak joint
Entrance memang wajib ambil gambar yang akan dijual sebagai souvenir masa kitra nak keluar nanti.

Di samping ikan dan hidupan air yang lain, ada jugak pelbagai spesies cicak yang dipamerkan kat sini.
Setiap tempat ada info
Ada juga cangkerang siput, etc.

Actually memang banyak info kat sini pasal terumbu karang, ikan-ikan, etc tapi disebabkan datang dengan budak-budak bawah umoq 6 tahun nih, mana la sempat nak membaca info yang dok ada coz kalut dok ligan depa & layan depa yang nak tengok semua binatang cepat-cepat huhuhuhuhu.
Macam-macam info yang ada kat sini. Cuma kita sempat tak sempat nak baca je.
Masa kitaorang sampai dekat aquarium yang ada penguins tuh, tiba-tiba black out la plak. So kami jalan la kat kawasan lain yang tak black out dulu. Nasib baik la dalam 5-7 minit camtuh je black out nye. So dapat la kitaorang tengok penguins tuh.
Kura-kura tuh sekali pandang dah macam kayu plak
Kusyuk depa nih tengok binatang
Sebelum sampai kat aquarium yang selepas ruang makan tuh, ada satu tempat untuk mewarna kartun 3D & ada sesi bergambo yang rege tiketnya RM 15/keluarga di Life & Magic World. Gambo plak RM 10/keping.
Papa dok melayan F mewarna
Memang banyak la hidupan dalam air kat sini yang in sya Allah budak-budak akan excited nak menengoknya. Kita yang mak pak nih pun excited. So berbaloi rasanya dengan rege tiket tuh.
Dok tunggu penguin lalu
Si tembun sorang tuh memang seronok berlari ke hulu ke hilir
A takut dengan obor-obor
The final photo sebelum keluar dari Under Water World tuh
Lepas tuh Nih antara tempat yang memang wajib datang bila kita mai ke Langkawi especially kalo kita bawa budak-budak.

0 Comments