Dari Bukit Melawati, kita akan turun dengan tram terus ke Taman Ikan Air Tawar Kuala Selangor.
Entrance nye
Menarik jugak la taman nih. Ada dalam 5 aquariums besar dan lebih kurang 10 aquariums kecik. Banyak jugak la ikan air tawarnye. Ada ikan toman, sepat, puyu, lampam sungai, etc. Ada jugak ikan arapaima. Ada aquariums kecik yang kosong.
Suka depa berlari-lari kat kawasan luas nih sambil tengok ikan
Beriya-iya tengok ikan arapaima
Kat aquarium kecik nih ada ikan puyu, ikan sepat, etc
Ada sekandang ayam & burung merak. Dah beberapa kali kitaorang pergi termasuk hari nih, belum ada rezeki lagi nak tengok burung merak kembangkan ekornya.

Ada 2 sangkar burung yang ada burung kakak tua, burung nuri, etc.
Cian budak zaman sekarang. Tengok ayam pun excited hahhahaha.
Sangkar burung nuri
Sangkar merak yang tak pernah kembangkan ekor bila kami mai melawat ke sini
Ada kolam ikan keli.

Ada galeri ikan air tawar yang mempamerkan pelbagai jenis perangkap bubu. Ada banyak info kat sini pasal setiap jenis bubu yang dipamerkan. Cumanya kita sempat ke tidak nak membacanye je la. Cam den nih memang la tak sempat sebab dok kalut mempedo budak-budak dok lari ke hulu ke hilir & sibuk dok katok-katok dengan cermin pameran.
Pelbagai jenis bubu
Info jenis ikan air tawar
Ada souvenir shop yang sangat kiut miut. Boleh beli fridge magnets, topi, tshirts, etc. Ada jugak dijual makanan ringan & air.
Kedai souvenirs
Kalo ikut mapnye, ada kolam buaya bagai tapi maybe belum siap sepenuhnya kot taman nih.

Majlis Daerah Kuala Selangor kena ada extra bajet untuk upgrade & maintain tempat nih supaya ia lebih menarik & terjaga. Tempat yang menarik untuk memberi info pasal ikan air tawar secara santai kepada kita semua.

Sayang kalo tempat nih tak dapat dana yang mencukupi untuk diselenggara coz ia adalah salah satu tempat menarik untuk dilawati bagi kita semua dengan bajet yang rendah.

Ada playground kat sini tapi macam tak terjaga mungkin sebab tak ramai budak-budak main.
Taman Ikan Air Tawar nih bersebelahan dengan Taman Alam Kuala Selangor.

Taman Alam Kuala Selangor nih lebih sesuai untuk orang yang betoi-betoi minat alam semulajadi sebab aktiviti yang boleh dibuat kat sini adalah bird watching, etc. In sya Allah bila budak-budak nih dah sesuai nak ke sini, den ceite nanti yek.

Den boleh katakan Bukit Melawati dan Taman Ikan Air Tawar nih boleh jadi destinasi percutian bajet di Negeri Selangor.

Kesimpulannya budak-budak happy je dapat tengok binatang-binatang.
Upah makan aiskrim lepas penat berjalan

1 Comments

  1. Hi Assalamualaikum saya nak tanya. Waktu ni pegi tahun berapa? Sebab sekarang dah tutup dah kolam ikan air tawar tu dan nampak tak dijaga.

    ReplyDelete