Ada a few points yang den rasa MyMarket boleh tambahbaik untuk events nya di masa akan datang: 
 
1. Marketing dan promosi, promosi & promosi

Nih yang terpaling penting rasanya coz ramai orang tatau ada event oleh MyMarket di MAEPS nih. Dah la MAEPS nih lokasinya ke dalam skit + jauh plak daripada public transport + kena parking jauh & naik shuttle bas untuk sampai ke sini, so promosi memang kena meletops.

Kebanyakan pengunjung yang datang pun sebab depa pegi shopping buku dekat Big Bad Wolf di dewan sebelah. Ramai orang Serdang sendiri pun tatau ada event nih.

Mungkin bahagian marketing MyMarket boleh tengok camne event lain buat promosi. Antaranya mungkin letak buntings dekat tempat-tempat strategik macam KL, Shah Alam, Bandar Baru Bangi, etc at least 2 minggu sebelum event berlangsung.

Kena buat hebahan di macam-macam media jugak (ke ada buat tapi den yang tatau).

Promosi awal di website & facebook MyMarket adalah sangat penting. Macam Pesta Buku Antarabangsa yang akan buat di MAEPS pada April nih, depa dah war-warkan dalam facebook & website depa.

Boleh kot dipertimbangkan untuk promosi di radio & televisyen (ke ada buat tapi den yang tatau). Yang den tau ada keluar kat paper Sinar.

Walopun ada event yang melibatkan kehadiran artis macam pelancaran produk oleh Rozita Che Wan, nyanyian oleh Bagio Damasutra & Dato' Sheqal & pertunjukan masakan oleh Chef Farhan, crowd masih kurang sangat.

So promosi sangat-sangat perlu ditambahbaik oleh team MyMarket.

p/s next time pintu gerbang event MyMarket tuh diharapkan dapat diletakkan dari first day event lagi ye.

2. Layout kedudukan kedai/gerai/booth
 
Kedudukan kedai/gerai yang dok ada macam agak kurang sesuai walopun dewan sangat luas.

Kalo masuk ikut pintu depan teruih jumpa gerai-gerai makanan. Then ada penghadang/partisyen yang tinggi-tinggi dekat tengah-tengah yang menghalang pandangan orang ramai daripada tengok gerai jualan yang dekat hujung.

Booth pakaian memang paling kesian sebab duduk kat terpaling hujung & maybe orang tatau pun kewujudan depa kat situ coz terlindung dengan partisyen kat tengah-tengah yang tinggi tuh.

Sayang k sebab dewan dah besaq & selesa dah. Pencahayaan lampu yang lip lap lip lap pun dah ceria dah. Ada aircond. Toilet pun banyak & bersih. Surau pun okay.

Untuk next event, mungkin MyMarket boleh pertimbangkan untuk buat layout kedudukan booth dalam bentuk U ke. Pentas mungkin boleh duduk kat ujung sekali.

Kalo kita pergi events lain biasanya depa letakkan gerai makan/food court nih kat ujung sekali sebab biasanya orang akan cari jugak gerai makan untuk menjamu selera.

Bila pentas dan food court berada di hujung bangunan, ia secara tak langsung akan menyebabkan pengunjung akan kena melalui gerai/booth jualan yang dok ada untuk sampai ke pentas dan food court. Ini membolehkan depa tertengok/tersinggah/terbeli barang-barang di gerai/booth jualan.

3. Saiz dan booth set up

Ada vendor yang bayar RM 300 dapat saiz booth yang lebih kurang sama dengan vendor yang bayar booth RM 500.

Mungkin pengurusan MyMarket boleh tengok macam mana PKNS setup booth di PKNS Shah Alam bila ada event. Biasanya booth depa lebih kurang saiznya. Nampak tersusun. Pengunjung nak jalan tengok-tengok barang pun senang.

Rasanya lebih mudah dan teratur kalo layout dan saiz setiap booth ditentukan memang oleh pengurusan MyMarket.

Ini akan meminimakan macam isu saiz booth yang sama walopun bayaran berbeza, etc.

4. Kaedah pembayaran

Nih pun perlu sangat-sangat ditambahbaik oleh team MyMarket. 
Samada nak guna receipt yang disediakan oleh MyMarket (kalo nak kekalkan camnih kena pastikan buku resit mencukupi) atau vendor boleh guna resit sendiri & bagi satu salinan kepada urusetia MyMarket kemudian (walopun ada orang kata nanti ada yang tak bagi semua salinan resit, etc) atau team MyMarket kena selidik macam mana organizer lain handle perkara nih bagi mendapatkan situasi menang-menang antara pembeli (tak menyusahkan pembeli), vendor (memudahkan vendor untuk dapatkan hasil jualan depa) & MyMarket (mendapatkan komisen 10% daripada setiap barangan yang dijual).

5. Urusetia

Den paham nak layan vendors yang dok tanya macam-macam nih memang agak mencabar fizikal, minda dan emosi tapi camtuh la kan bila kita berurusan dengan manusia. Urusetia harus lebih bersemangat, perlu lebih peka dalam memberi penerangan dan maklumbalas & muka mesti manis.

Understood semua pun penat, etc tapi rasanya kalo urusetia lebih berhemah dan macam excited nak membantu vendor di dalam memberi penerangan, etc, terubat skit la hati vendors yang dok sedih tengok tak crowd yang tak beberapa nak ramai.

Rasanya tuh je kot yang den teringat nak ceite.



The Bright Side
 
Camne pun, kudos & hats off to Datuk Ramli Simbok, Pengerusi MyMarket & team MyMarket tuh kerana berjaya menganjurkan bazar MyMarket nih buat julung-julung kalinya.

'Rome is not built in one day' dan 3 tahun pertama Alibaba.com beroperasi depa tak dapat untung pun.

So in sya Allah kita pun paham pertama kali kita buat sesuatu lagi-lagi la dalam menganjurkan event besar macam nih, sure ada kekurangan here & there. In sya Allah setiap kekurangan tuh ada ruang penambahbaikan yang boleh dibuat.

Den pun first time joint buka booth sepanjang hidup den. Of course ada perkara yang perlu team MyMarket tambahbaik tapi den rasa happy dapat joint event nih.

Antara perkara yang den rasa best kat event MyMarket nih:

1.  Datuk Ramli Simbok, Pengerusi MyMarket berada kat MAEPS tuh almost sepanjang event berlangsung. Baguih sungguh Datuk sendiri yang bercakap dengan vendors pasal kekurangan yang dihadapi, etc. Datuk tak hand over kat staff dia pun untuk handle isu-isu berbangkit. Datuk yang bagi penjelasan & jawab soalan-soalan vendor.

Tahniah ye Datuk. Datuk tunjukkan satu leadership yang cemerlang untuk anak-anak buah Datuk & vendors yang dok ada.

2. Sound system & pentas pun okay. Tak rasa sunyi sangat la menjual di sini walopun crowd tak ramai sebab ada je orang dok berceloteh & menyanyi kat pentas tuh ikut slot yang dah ditetapkan.

3. Ada disediakan beg plastik untuk letakkan barang jualan kepada semua vendors.
4. Dewan besaq & selesa. Pencahayaan lampu yang lip lap lip lap yang ceria. Ada aircond. Toilet pun banyak & bersih. Surau pun okay.

Den nak joint ke tak program MyMarket nih di masa akan datang? In sya Allah.

Kepada sesiapa yang nak joint program MyMarket nih di masa depan, in sya Allah depa nak buat lagi beberapa events tahun nih, bley tengok website MyMarket untuk keterangan lanjut.


0 Comments