MyMarket menganjurkan bazar jualan di Dewan A MAEPS Serdang dari 29-31 Jan 2016.

Den tertau pasal MyMarket nih pun sebab info nih disharekan oleh group whatsapp peserta program online marketing by MARA dalam bulan Disember kalo tak silap.
Ada banyak gerai kat sini. Ada gerai produk makanan, pakaian, barangan keperluan rumah, kosmetik, makanan kesihatan, mainan kanak-kanak, etc.

Memang banyak products cumanya tak pasti dewan terlalu besar atau memang tak ramai peniaga yang joint, nampak kosong dan kurang meriah skit tempat nih.

Dewan dah best dah. Tak rasa panas sangat. Toilet pun banyak & bersih.

Sound system & pentas pun okay. Tak rasa sunyi sangat la melepak di sini sebab ada je orang dok berceloteh & menyanyi kat pentas tuh ikut slot yang dah ditetapkan.

Dewan MAEPS nih plak jauh daripada public transport + kena parking jauh & naik shuttle bas untuk sampai ke sini, so maybe tuh antara faktor yang menyumbang kepada kekurangan pengunjung ke sini.

Maybe jugak ekonomi Malaysia sekarang yang tak memberangsangkan lalu memberi kesan pada ekonomi rakyatnya sekali lalu menyebabkan tak ramai yang dapat berjalan-jalan & shopping.

Camne pun pada sapa-sapa yang ada masa terluang, meh la datang ke program MyMarket nih. Jangan lupa singgah ke gerai DinoHauz yar.

Kepada sesiapa yang nak joint program MyMarket nih di masa depan, in sya Allah depa nak buat lagi beberapa events tahun nih, bley tengok website MyMarket untuk keterangan lanjut.
Dewan A MAEPS
Lengang dewannya

0 Comments