HiG Hotel Langkawi
Masa tertengok slot pasal kejayaan Haji Ismail Group dalam Majalah 3 a few months back,
den & buong memang berangan nak duduk kat hotel depa kalo terpegi Langkawi.
Alhamdulillah
ada rejki kami nak duduk kat hotel nih.
Orang tak pro amik gambo camnih. Angle pun ke laut. |
Sekali
pandang dah macam Hotel Tabung Haji sebab kaler hijau putih & corak islamik
nya tuh.
Hari nih,
harga bilik 2 katil single yang adalah RM 180/malam. Dengan kad gomen,
kitaorang dapat RM 160/malam siap breakfast untuk 2 orang. Untuk kanak-kanak,
free breakfast untuk 6 tahun ke bawah.
Biliknya
memang best. Ada disediakan Quran dalam bilik.
Sebelah HiG
Hotel nih ada Kompleks HiG di mana hampir semua barangan ada. Kompleks nih buka
sampai kul 1030 pm.
Memang sebelah Hotel HiG |
Dalam
bahagian utama ada coklat, pinggan mangkuk, cadar, tuala, etc.
Masuk kat
bahagian coklat tuh terasa macam berada kat dalam cerita Charlie & The
Chocolate Factory coz ruang kat situ penuh dengan pelbagai jenis coklat &
bewarna warni.
Operasi mencari coklat. Shopping coklat sampai lebam. |
Kena la dukung budak nih supaya tak berlaku kemalangan barang-barang kaca terpecah & mengbangkrupsikan omaknya. |
Dekat
tingkat 2 ada bags, pinggan mangkuk, cadar, etc.
Ada
kedai-kedai & kiosks yang jual macam-macam termasuk baju perempuan, baju
budak-budak, tudung, minyak wangi, surat khabar & majalah, mainan, produk
kesihatan, rokok, etc.
Macam-macam ada jual kat sini |
Masa
kitaorang pergi tuh dalam kul 930 pm, dah banyak juga kedai yang dah tutup.
Dekat pintu
masuk ruang utama juga disediakan 3 mesin ATM Maybank, CIMB & RHB. So memang
takde reason la tak dapat keluarkan duit untuk bershopping hehehehhee.
Berdepan
dengan Hotel HiG & Kompleks HiG nih ada HiG Bazaar & HiG Food Court. HiG
Bazaar tuh almost 90% penuh dengan kedai jual pakaian. Bakinya kedai jual
minyak gamat, travel agency & kedai serbaneka.
Ada lebih
kurang 10 kedai makan & kiosk kat HiG Food Court. Masa kitaorang pergi
hanya ada 2 kedai makan & 2 kiosk yang buka. Mungkin sebab bukan waktu cuti
sekolah kot.
Buong kata
dia bagi 5 bintang untuk hotel nih coz hotelnya selesa, kemudahan untuk makan
& shopping pun ada. So dah jadi macam One Stop Centre camtuh. Kalo tujuan
datang ke Langkawi hanya untuk shopping, kalo melepak kat HiG Hotel pun dah
cukup coz semuanya ada kat sini.
p/s
sapa-sapa yang suka kemeriahan shopping kat pekan Kuah masih boleh bershopping
kat kedai HiG kat sana sebab depa still maintain kedai-kedai depa kat Kuah tuh.
0 Comments