Tengok dalam website depa, resort nih nampak mengancam tapi bila dah check in macam kureng
skit huhuhuhuhu.
Hari nih,
harga bilik 1 katil king yang mengadap pemandangan laut adalah RM 190/malam. Dengan
kad gomen, kitaorang dapat RM 170/malam siap breakfast untuk 2 orang. Untuk
kanak-kanak, breakfast untuk 4-12 tahun, kena top up RM 15/orang.
|
Entrance resort |
|
Bangunan yang menghadap kedai. RM 170/malam rege bilik dia. |
Lobi resort
nih memang lapang & menarik. Ada 2 set sofa untuk kita tunggu sementara nak
check in. Budak-budak memang seronok la
berlari ke hulu ke hilir. Ada aquarium. So budak-budak dok ralit tengok ikan.
|
Lobi yang lapang |
Bilik dia
versi lama skit. Takde extra bantal.
Bilik air
paling tak cun sebab masih bilik air lama.
Tv pun ada
siaran yang sekejap ada sekejap terpadam.
Telefon
bilik tak berfungsi.
|
pemandangan dari bilik den |
Kitaorang
order room service untuk lunch. Amik set nasi goreng & burger. Burger tuh
makan separuh je sebab daging dia terkeras sebab terlebih masak. Nasi goreng
pun macam terhangus skit tapi sebab kelaparan, abis je la kitaorang makan.
Food masa
breakfast ada nasi lemak, bubur, ketiaw goreng, sosej, baked bean, telur
goreng, cereals, tembikai, roti & salads.
Tempat
breakfast tuh best sebab kitaorang makan kat open air. Disebabkan resort nih
dikelilingi pokok-pokok, memang sedap la mata memandang kehijauan camtuh.
|
Dari ruang breakfast/lobby ke swimming pool dikelilingi pokok-pokok. Siap ada pasu dari buah kelapa lagi. Terasa macam suasana kampung. |
Rasanya kalo depa tak upgrade bilik hotel depa, in
sya Allah bila ada rejki datang lagi Langkawi, kitaorang tak duduk lagi la kot
dekat resort nih.
0 Comments