Besar kawasan hidupan liar nih. Almost 2 jam kitaorang berjalan-jalan kat sini.

Harga tiket untuk dewasa dengan MyKad RM 28. Harga tiket kanak-kanak dengan MyKad dari umur 5-12 tahun RM 20.

Masuk je dekat pintu utama lepas gambo kita bersama burung kakak tua diamik, ada dijual makanan untuk beberapa jenis haiwan kat sini. 1 set makanan RM 12. Ada kuaci, kacang, pisang, jagung, carrot, kangkung, kobis & pellets makanan ikan.
Ruang bergambo dengan burung kakak tua sebelum entrance
Mula-mula jumpa burung-burung kakak tua. Boleh bagi makan kuaci kat depa. Cekap sungguh depa buka kuaci-kuaci tuh guna paruh depa.

Then ada kambing & rusa. Boleh bagi kambing makan. Jangan risau kalo terkena air liur kambing tuh coz ada disediakan sinki & sabun untuk kita basuh tangan.

Memang berbaloi rasanya bawa budak-budak kat sini coz banyak binatang kat sini. Setiap sangkar ada disediakan maklumat tentang binatang yang ada dalam sangkar tuh.
First time budak-budak nih tengok anak-anak itik. Excited sungguh depa.
Tengok kura-kura
Ada macam-macam jenis burung, ular, arnab, itik, memerang, monyet, kura-kura, musang, keldai, kambing, rusa, ikan, biawak, buaya, etc.
Rusa duduk sekali dengan kambing dalam satu kandang.
Bergambo dengan pelbagai jenis burung sebenonya tapi gambo kurang jelas. Maklum la guna kamera cabuk.
Dekat kawasan arnab tuh, kita boleh masuk & bagi arnab makan carrot & kangkong. 
Budak-budak takut bagi makan. Sudahnya mama jugak la yang bagi arnab-arnab makan.
Jinak-jinak arnabnye
Kat situ juga boleh buat aktiviti menangkap ikan. Buong & budak-budak coba jugak la menangkap ikan-ikan kat situ tapi haram sekoq ikan pun tak dapat sebab laju sungguh ikan-ikan tuh berenang. Puas la den & buong kepong ikan-ikan tuh sana sini tapi tak berjaya jugak.
Beriya-iya anak beranak berusaha menyauk ikan tapi tak berjaya dapat seko pun. Takpe la. Yang penting dah berusaha & dapat experience menyauk ikan hehehehehe
Kat sini ada kedai menjual barang jewelleries yang dibuat daripada bahan galian kuartza, etc. Sebelum sampai ke bahagian yang menempatkan haiwan yang lain, kita akan melalukan kedai nih. Depa dah buat laluan tuh macam tuh.
Mesti akan terlalu ke kawasan souvenirs coz laluannya dah disetkan begitu
Budak-budak suka membagi makan kat ikan-ikan koi je la sebab ikan tuh jauh dari depa.
Berenyut-renyut ikan-ikannya
Ada jugak kedai jual makanan ringan kat dalam nih.

Sebelum pintu keluar, akan jumpa kandang burung helang sebelum jumpa kaunter yang ada staffs yang akan jual gambar yang kita ambil masa entrance & masa bagi burung makan. 
Memang agak mahal tapi kalo tak beli dah takde kenangan la plak ye. 

Dilema sungguh.

Lepas penat berjalan, kita boleh merehatkan badan sekejap dekat kerusi urut Gintel.
Tiga heroes den yang suka sangat diurut kat kerusi tuh termasuk la si budak kecik tuh

0 Comments