Novel pasal relationship antara anak perempuan Eden dengan ayahnya yang ada masalah mental.
 
Agak sedih ceite nye. Memang tergenang jugak la ayaq mata sekupang dua masa baca buku nih especially towards ending.

Masa Eden umur 10 tahun, dia terjumpa bapa dia berlumuran darah dengan kelaran di pergelangan tangan. Bapa dia cuba nak bunuh diri coz tak tahan mendengar suara dalam kepalanya. Lepas tuh, parents dia bercerai & bapa dia dimasukkan ke wad sakit jiwa & Eden dah tak dengar khabar berita pasal bapa dia.

Bila Eden dah umur 32 tahun & mak dia didiagnos ada breast cancer, Eden rasa dia perlu cari bapa dia untuk closure dalam hidup dia.

Jenuh la dia mencari ke hulu ke hilir, akhirnya dia berjaya jumpa ayahnya yang hidup bergelandangan. Dia cuba nak masukkan bapa dia dalam wad sakit jiwa tapi bapa dia tak setuju lalu dia melarikan diri.

Akhirnya Eden sedar bahawa ayahnya lebih selesa hidup bergelandangan disebabkan oleh mental illness nya & ayahnya tetap sayang kat dia in his own way.

4 stars. Sedih tapi berbaloi untuk dibaca.

0 Comments