Nasi Lemak Ayam Kampung Ipoh Tempat Makan Menarik Ipoh
Asalnya hajat di hati bila
datang ke Ipoh adalah hendak menjamu selera di Nasi Vanggey atau Mee Kicap di Kedai Mak
Jasak. Sayangnya pada lawatan kali ini kitaorang tidak berkesempatan untuk
makan di kedua-dua tempat tersebut sebab sakan mengejar budak-budak bertuah dua
orang yang suka berlari ke hulu ke hilir tu.
Jadinya kitaorang buat
keputusan untuk makan malam di Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung di Jalan
Pitchay yang terletak lebih kurang 5 minit dari Hotel Impiana.
Selain makanan utamanya
nasi lemak ayam kampung, ada macam-macam makanan lagi di sini seperti tomyam,
ikan kukus limau, etc. Makanan yang nampak agak istimewa pada den yang jarang
hendak ditemui di tempat lain adalah belut yang boleh dimasak dengan 3 cara
masakan iaitu belut goreng kunyit, belut goreng pedas & sup belut.
Ada lebih kurang 10 jenis
bubur manis. Kitaorang makan pulut mangga dengan santan. Gambar memang la tak
sempat nak amik.
Terdapat
seafood segar dia letak kat dalam bekas macam sampan kat depan kedai. Ada
ketam, udang, ikan pari, ikan kembung, ikan kerapu, ikan siakap, etc.Encik semua nak tengok dok melawat seafoods yang diletak dalam bekas sampan |
Saja nak letak gambo nih coz macam tiba-tiba den terguna teknik amik gambo jelas & blur pulak hehehehehe |
Untuk
dinner, kitaorang makan siakap bakar & belut goreng pedas. Den rasa belut
tuh macam rasa ikan keli skit. Buong makan seketoi je, dia tak lalu. Tak bley
masuk ke tekak katanye. Sudahnya den la mengabiskan belut tuh.
Siakap bakar |
Belut goreng pedas |
Budak-budak
dua orang tuh memang sakan la dok tengok belut hidup dalam aquarium kat
entrance restoran tuh. F siap cakap ‘mama nih makan ular ye’ hehehehhee.
Geli jugak sebenonye tengok belut-belut nih meliuk-liuk |
Food nye
sedap. Bley datang makan lagi. Siakap bakar, belut goreng pedas, pulut mangga,
air laici, teh o ais dan air kosong RM 70.90. Siakap bakar tuh dalam Rm 39.90.
Belut goreng pedas RM 12 (100 g belut RM6).
Boleh dapatkan maklumat lanjut tentang restoran ini:
Nasi Lemak Ayam Kampung (Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung)
Lokasi: 43-45, Jalan Ali Pitchay, Taman Jubilee, 31650 Ipoh, Negeri Perak
Waktu Operasi: 3.30 petang - 2 pagi (setiap hari)
Telefon: 05-254 4318
0 Comments