Missing Chapter 3.0 Seminar FB Ads - Hari Kejadian
Entry pasal
summary seminar nih memang panjang gila. Sila bertabah hati untuk membacanya
coz den yang mengarang entry nih pun rasa letih nak menyiapkannya huhuhuhu tapi
harapnya dapat memberi gambaran sedikit sebanyak pada sapa-sapa yang berhasrat
nak datang ke seminar seumpama tuh di masa akan datang.
Den gerak
dari umah lepas subuh. Alhamdulillah jalan lengang. So sampai kat Menara PGRM
tuh dalam 645 am. Breakfast dulu dekat medan selera kat belakang menara PGRM
tuh. Lepas breakfast, buong & budak-budak pun balik lepas anto den kat
entrance menara PGRM.
Kat entrance
menara PGRM tuh dah ada beberapa orang team sifuFBAds dah tunggu untuk bantu
kita. Depa bagi kita borang pelepasan yang ada cerita beberapa perkara macam
tidak akan merakamkan seminar tanpa kebenaran, etc. Then kita ditunjuk arah
untuk naik ke dewan seminar di tingkat 4.
Sampai je
kat tingkat 4 tuh, orang dah ramai gila padahal baru 730 am. Bertambah-tambah
musykil la den kan nape la rajinnya orang datang berenyut-renyut pagi-pagi buta
nih. Ada 2 jenis kaunter yang dibuka, VIP dan Premium & General. Setiap
jenis kaunter dilabelkan dengan huruf A-Z, ikut permulaan abjad nama kita.
Den pun
mendaftar kat kaunter VIP. Depa bubuh pelekat gelang tangan macam nak masuk
taman tema air tuh. Tiket VIP gelangnya tuh warna biru. Den dapat 1 beg ada 1
dvd, 1 buku nota, 1 pen & 1 tshirt. Size tshirt nih ikut dan je la sapa
dapat saiz apa. Mujur la den dapat size M, dapat la pakai walopun agak sendat.
Kalo dapat size S memang bagi F je la pakai. Masa mendaftar tuh, kita anto
sekali borang pelepasan yang dah kita sign.
Lepas
selesai mendaftar, kita akan beratur untuk masuk ke dewan. Dimaklumkan bahawa
peserta lelaki dan perempuan akan diasingkan tempat duduknya. Tiket yang
berbeza akan masuk ikut pintu yang berbeza. Masa beratur tuh, sempat la den
berkenalan dengan 3 orang peserta. Peserta 1, budak muda belia umoq 24 tahun
dari Johor. Dia tumpang apartment adik dia di Shah Alam. Bertudung labuh &
berpurdah. Penolong arkitek di firma swasta. Dah 2 tahun buat business online
part time menjual pakaian muslimah terutamanya purdah, tudung labuh, stoking
tangan dan jubah. Dia jahit sendiri produknya.
Peserta 2,
emak kepada 4 orang anak dari Kota Bharu. Umur sebaya den tapi nampak macam 25
tahun & tak kawin lagi. Serious awet muda. A photographer. Peserta 3, kakak
dia yang duduk di Ampang. Bisnes plus size clothing.
Den sorang
je la yang nganga bila berkenalan dengan depa semua nih coz den belum ada
bisnes lagi.
Dalam 15
minit beratur, kitaorang dibenarkan masuk ke dewan seminar. Den dapat duduk kat barisan no 3 dari pentas.
Dewan seminar besar gila k. Den duduk sebelah peserta 1. Sebelah kanan den,
peserta 4 dari Klang. Business pakaian kanak-kanak.
Ada lebih
kurang 3000 peserta seminar semuanya. Dah macam hari graduation plak. Serious
ramai gila orang sampai sayup-sayup mata memandang kat peserta yang duduk kat
belah belakang tuh. Rasanya dalam 80% peserta bawah 30 rasanya.
Dewan
disediakan dengan 2 layar gergasi. In sya Allah semua orang boleh nampak apa
yang sifu ajar.
MC nya nama
Naz. Klako & pandai menghidupkan suasana betoi mamat nih.
Dalam kul 9
am, sifu Jamal pun keluar. Comel kecik molek je orangnya. Sifu Jamal cerita
pasal latar belakang dia. Setakat yang den ingat, dia merupakan student UiTM.
Masa belajar tuh, dia pernah jual nasi lemak dari bilik ke bilik di asrama dia.
Pernah jugak jadi buruh kat tapak pembinaan. Lepas graduated, dia keje sebagai
jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR).
A few years
kerja sebagai engineer, dia berhenti keje untuk buat bisnes online fulltime.
Pernah buat pusat latihan di Seksyen 7, Shah Alam bersama kawan tetapi ditipu
oleh seorang Dato’, akhirnya bisnes pusat latihan terpaksa ditutup.
Beli ebooks
Irfan Khairi dan pelbagai authors lagi sebelum jumpa his true calling untuk
melibatkan diri dalam bisnes FBAds pada 2008. Sekarang ada 5 anak syarikat di
bawah syarikat sifuFBAds Sdn Bhd termasuklah Grafic Design & Printing,
Photography, etc.
Lepas tuh
sifu Jamal terus mengajor pasal teknik macam mana nak pilih produk untuk bisnes
online. Then staff nye cerita pasal teknik mengambil gambar.
Ada sesi
berkongsi kisah inspirasi dengan 6 orang anak murid sifu Jamal yang dah
berjaya. Memang
semuanya berjaya sungguh.
Then
kitaorang break for lunch. Memang penuh la medan selera & kedai mamak kat
belakang menara PGRM tuh.
Sebelum seminar
started balik at 230 pm, MC minta 5 guys & 5 girls untuk perkenalkan products
depa. Bersungguh-sungguh budak-budak nih participate k.
Sifu sambung
balik sesi pembelajaran dengan teknik-teknik copywriting, FB Ads, etc. Ada
peserta yang dipanggil naik ke pentas untuk buat terus apa yang diajar dek
sifu.
Sifu
seterusnya bagitau pasal pakej untuk advance or apperantice kelas. Ada 2 jenis
kelas iaitu Silver dan Gold. Untuk peserta seminar pada hari tuh dibagi special
discount. So untuk pakej Silver dalam RM3K dan pakej Gold dalam RM5K. Sapa-sapa
yang amik salah satu pakej nih akan diguide secara intensif oleh sifu & his
team dalam masa 6 bulan untuk buat FB Ads nih. So sesiapa yang berminat boleh
berjumpa team sifu untuk ketrangan lanjut & pendaftaran.
Then sambung
plak dengan another kisah-kisah inspirasi daripada 6 orang anak muridnya yang
berjaya.
Then MC
announced ada tetamu khas iaitu Mood Republic. Almost semua orang dalam seminar
tuh terjerit keterujaan. Den dengan selamba tanya dekat member sebelah sapa
Mood Republic nih. Langsung la dia terkujat coz den tak kenal Mood Republic
hehehehehehe.
Mood
Republic nih rupa-rupanya adalah event organiser untuk semua peniaga online di
mana booths untuk pameran depa nih selalu direbut-rebut oleh ramai peniaga. CEO
dan COO Mood Republic bagi a few tips untuk peserta seminar. Depa jugak inform
yang booth untuk events tahun 2016 almost dah penuh. Serious den rasa nih
membuktikan yang ramai orang Malaysia mempunyai duit untuk shopping dengan
sakannya. Maybe nih salah satu factor kenapa Kerajaan Malaysia tak rasa ekonomi
gawat coz berbondong-bondong je rakyat Malaysia membeli belah kat merata-rata
shopping complex & dekat mana-mana pameran.
Then
berhenti rehat dari 630 pm - 8 pm. Masa rehat nih den sempat berkenalan dengan
dua orang budak depan den. Sorang nih umur dia 31 tahun, ada kedai menjahit
& 3 orang pekerja. Bercadang nak buat clothing jenama sendiri tapi
disebabkan banyak dapat kontrak menjahit dari butik-butik, jenama sendiri tuh
kena hold dulu. Sorang budak umur 25 tahun yang ada syarikat pengangkutan
sendiri. Sedang dalam proses nak mengeluarkan tudung jenama sendiri. Serious
budak-budak nih berjaya gila di usia muda k. Terkesima den.
Ada beberapa
booths dibuka kat luar dewan seminar dari pagi tapi den kemalasan plak nak
melawat booths tuh semua muhahahhaha. Ada booth chocolate orange moist cake, produk
kecantikan, etc. Terasa kesal plak sekarang tak cari masa untuk melawat booths
yang dok ada tuh coz bukan selalu ada chance camtuh kan?
Seminar
disambung semula dari 815 pm sampai almost 12 am tengah malam k. Dalam kul 1030
pm tuh otak den dah mula menyol-menyol coz dah terlalu banyak ilmu yang diajar
dari pagi. So towards the end tuh dalam 50% je la kot masuk otak apa yang sifu
ajar. Mungkin den je la kot berperasaan camtuh. Orang lain den tengok segar
bugar je blajo. Maybe factor umur yang dah nak masuk usia senja kot hehehehhee.
Lepas
seminar abis, den tumpang adik berniqab balik ke Shah Alam. Sangkut nak turun
dari parking area je almost 30 minit disebabkan ramai peserta sama-sama gerak
balik. Disebabkan kitaorang sama-sama tatau jalan, end up sampai Shah Alam
dalam 2 am. Buong dah tunggu kat MSU Sect 13. Budak-budak dok bergelimpangan
tido dalam kete. Sampai umah dalam kul 230 am .
The only seminar yang den
pernah hadir dalam hidup den yang lama gila tapi truly worth it.
0 Comments