Mula-mula masa den tengok masa seminar adalah dari 8.00 am sampai 10.30 pm, den dok musykil menatang apa la yang nak diajo sampai ke satu hari suntuk nih.

Bila den dah pergi seminar tuh baru la den paham pasai pa lama sangat.

Agenda seminar lebih kurang camnih:

1. Waktu rehat dari 1.00 pm - 2.30 pm dan 6.30 pm - 8.00 pm (untuk solat & makan).

2. Perkongsian kisah-kisah inspirasi oleh 12 orang anak murid sifu & Mood Republic dalam 1 setengah jam.

3. Masa yang selebihnya adalah sesi pembelajaran dengan sifu Jamal diselang seli dengan sesi bersenam dalam 5-10 minit bagi menghilangkan rasa mengantuk & nak meregangkan otot dengan lagu-lagu yang sangat catchy.

Antara intipati pembelajaran daripada seminar FB Ads nih:

1.     Identify produk yang nak dijual;
2.     Teknik mengambil gambo produk;
3.     Teknik font & tulisan;
4.     Audience;
5.     Copywriting;
6.     Pelbagai jenis teknik FB Ads (nih tajuk yang paling lamo diajor. Almost 70% daripada semua intipati pembelajaran dalam seminar nih);
7.     FB Ads Closing.

Setiap satu tajuk tuh ada lagi breakdown nye.

Memang serious banyak info nye sampai otak menyol-menyol nak menerimanya.

Sifu ajar dengan penuh kasih sayang. Dia tunjuk satu-satu camne nak buat sesuatu add. Siap ulang lagi kalo peserta tak paham. 

Disebabkan terlalu banyak info nak kena hadam, memang wajar la sapa yang tau dengan lebih details tentang setiap teknik FB Ads tuh kena masuk kelas apprentice.

0 Comments