Dah alang-alang den ada bengkel pada 3 - 4 Disember kat Hotel Impiana Ipoh, moh la bawa budak-budak berjalan-jalan sekali. Dah lama sangat rasanya tak berjalan-jalan yang duduk kat hotel. 

Alhamdulillah kali nih rezeki berjalan-jalan di empat tempat di Perak. 

Budak-budak la terpaling happy dapat berjalan-jalan untuk hampir 4 hari 3 malam (2 - 5 Disember) kat a few places kat Perak nih.

Dalam dok berangan-angan nak berjalan ke luar Negara, baru la tersedar diri banyak tempat lagi kat Malaysia nih yang den tak pernah pergi.

Bila ada anak bawah 6 tahun nih, tempat-tempat yang nak dilawati mestilah ada aktiviti untuk depa supaya depa tak boring. Sekarang nih tak beberapa nak sesuai nak bawa depa melawat Muzium Geologi, Masjid Negeri, Kellies Castle, Gua Tempurung, etc yang dok ada kat tempat-tempat yang kitaorang pergi coz di samping jenuh nak mengejar depa yang dok dalam fasa berlari ke hulu ke hilir tanpa penat, kitaorang jugak risau kalo perangai depa nih mengundang rasa kurang best kat orang lain yang dok melawat tempat tuh.

So sekarang nih, memang la konsep berjalan-jalannya adalah berkaitan dengan swimming pool, taman tema, zoo dan seumpama dengannya.

0 Comments