Dinosaurs at Hill Park, S2 Heights, Seremban 2
Alhamdulillah berjaya juga sampai di sini petang tadi. Dah pernah cuba untuk ke sini a few
months back masa tertau pasal kewujudan dinosaurs kat sini dalam paper tapi
masa tuh takder rejki nak jejak ke sini walopun dah sampai kat house sebab
hujan masa tuh.
Untuk sampai ke
sini, dari Jusco Seremban 2, terus je ikut signboard ke S2 Heights. Nanti akan
nampak jalan masuk di susur kiri. Nampak juga rumah-rumah dua tingkat yang
sedang dalam pembinaan. Dari situ, terus je sampai nampak Sekolah Kebangsaan S2
Heights, belok di situ. Then masuk simpang pertama akan nampak papan tanda Hill
Park.
Ada guard house
dekat entrance tuh. Ada juga disediakan ruang parking dekat situ.
Dari ruang parking
tuh kita kena berjalan lebih kurang 15 - 20 minit untuk sampai ke taman yang
ada dinosaurs tuh. Lebih kurang 1 kilometer juga rasanya.
Jenuh k nak mendaki bukit nih |
Untuk kitaorang
yang memang jarang-jarang bersenam nih, memang jenuh la nak menyampai ke atas
tuh coz jalannya tuh mendaki bukit.
Kitaorang datang
pukul 3 pm camtuh. Masa tuh matahari masih memancar-mancar. So memang la
berpeluh sakan. Lagi satu kesian budak-budak nak main kat taman permainan yang
dok ada coz matahari masih meninggi.
Masa dok memanjat
bukit tuh, den & buong dok mengomel la pasai pa la depa tak bagi parking
kat atas, dekat-dekat dengan taman dinosaurs tuh. Berdasarkan buntings yang dok
ada dekat tepi jalan tuh tentang kelebihan berjalan kaki, den rasa memang IJM
Land (pemaju projek perumahan kat S2 Heights nih) nak menggalakkan kehidupan
sihat camtuh.
Antara bunting yang dok ada yang dok ceite kelebihan berjalan kaki |
Atau pun mungkin
juga disebabkan sebelum sampai ke taman dinosaurs tuh, ada beberapa taman
perumahan (yang dah siap or sedang dalam pembinaan), IJM Land nak kawal keluar
masuk kenderaan untuk privacy dan keselamatan penduduk walopun di setiap
entrance ke taman perumahan tuh ada guard house.
Dalam dok
bergebang-gebang dengan buong tuh, akhirnya lepas jenoh berjalan mendaki bukit
tuh, kitaorang jumpa juga taman yang menempatkan dinosaurs tuh.
Masa baru mula-mula sampai kat taman yang ada dinosaurs tuh |
Sakan abang melawat kawasan |
Stegosaurus |
The dinos |
Ada tujuh ekor
dinosaurs yang berbeza spesies di dalam kandang. Ada stegosaurus, triceratop, giganotosaurus,
baryonyx, etc.
Tapi dari tepi
kandang tuh, kita boleh lagi la sentuh dinosaurs tuh walopun kalo ada guard dia
akan inform yang dinosaurs tuh tak boleh disentuh.
The other dinos |
Setiap dinosaurs
tuh disediakan info tentang nama saintifiknya, nama gelarannya dan asal
usulnya.
Macam paham beno baca info nye tuh |
Dinosaurs nih
memang statik la coz ianya patung dinosaurs bukannya animatronic dinosaurs yang
boleh bergerak-gerak tuh.
Walopun dinosaurs
tuh statik, ianya tetap menarik sebab first time kot rasanya kitaorang jumpa taman
untuk riadah yang ada dinosaurs. Budak-budak nih la yang paling happy je. Depa
nih asalkan ada je dinosaur, walopun tapak kaki dinosaurs depa dah happy
gamaknya.
Berbaloi ke tak
memanjat bukit untuk tengok dinosaurs nih? Berbaloi den rasa sebab di samping
dapat tengok dinosaur, taman-tamannya memang cantik di samping kita pun
terbersenam secara tak sengaja.
Berdekatan dengan
kandang dinosaurs nih ada taman permainan, pondok & kerusi untuk kita
berehat-rehat.
So masa den &
buong berehat-rehat kat kerusi yang dok ada + minum air mineral yang memang
kitaorang bawa sambil nak mencari nafas semula lepas kepenatan mendaki bukit
tuh, budak-budak nih sakan la berlari ke hulu ke hilir. Kejap-kejap depa tengok
dinosaurs, kejap-kejap depa main kat taman permainan yang ada kat situ.
Budak-budak memang tatau penat kan?
Budak baju kuning tuh pun sakan main walopun demam |
Lepas melepak kat
taman tuh lebih kurang 40 minit, kitaorang bergerak nak balik ke kereta.
Sebelum tuh kitaorang singgah dulu kat taman permainan yang pertama yang
kitorang jumpa sebelum taman yang ada dinosaurs tuh. Taman permainan nih
sebelah menyebelah je dengan taman permainan yang ada dinosaurs tuh. Taman
permainan kat sini lebih besar & ada lebih banyak permainan.
Den tak naik pun ke atas nih coz dah tak lalu nak mendaki lagi. Untuk sapa-sapa yang nak exercise lebih boleh la sambung berjalan dari taman nih. |
Lagi la kan
budak-budak nih seronok main kat sini. Naik gelongsor, buaian, etc. Depa paling
sakan depa dok naik jip & kepala keretapi. Papa nya pun tumpang naik sekali
sebelum di ‘phewit’ kan oleh guard hehehehehhe.
Jip & kepala keretapi |
Melayan budak-budak sebelum di'haipp' oleh guard |
Kat taman-taman
nih juga ada info tentang pokok-pokok yang ada kat sini. Papan tanda apa boleh
dibuat & apa yang tak boleh dibuat ada jugak. Ada juga papan tanda
memaklumkan kawasan taman-taman nih adalah kawasan bebas rokok.
Masa kitaorang dok
melepak kat kedua-dua taman tuh, memang kitaorang je yang ada kat situ sebab petang
masih muda camtuh so memang la takde pengunjung lain kecuali beberapa orang
guards.
Dari taman-taman
yang terletak kat kawasan tinggi nih, kita boleh nampak kawasan S2 Heights yang
sedang dibangunkan. Memang projek pembangunan kat kawasan nih rancak sangat.
Kitaorang turun ke
kereta dari taman tuh dalam 5 pm. Turun amik masa dalam 10 minit je sebab turun
bukit. Masa kitaorang turun tuh, kitaorang bertembung dengan empat keluarga
yang baru bergerak naik nak ke taman tuh.
Den mencadangkan
untuk sapa-sapa yang nak datang ke sini:
1. Datang waktu pagi
(8 am – 1130 am) atau petang (5 pm – 7 pm). Cuaca
tak panas sangat masa tuh rasanya. So budak-budak nak main pun best. Kita nak
menapak mendaki bukit pun tak la penat sangat.
2. Bawa air mineral
coz bila dah sampai kat taman-taman tuh, sure dah dahaga gila coz dah menapak
naik bukit especially untuk budak-budak.
3. Boleh juga bawa
foods untuk picnic kat kawasan nih coz ada pondok yang bley kita berehat-rehat
& makan sambil menengok pemandangan yang chantek.
4. Rasanya kalo nak
tengok sunset kat sini pun menarik jugak sebab kawasan nih di atas bukit. In
sya Allah pemandangannya chantek den rasa.
5. Bagi budak-budak
at least dua jam untuk depa tengok dinosaurs & main kat taman permainan
supaya depa puas bermain.
6. Pakai kasut yang
sesuai. Okay je kalo nak pakai selipar atau sandal cam kitaorang tapi kalo
kasut especially sport shoes tuh lebih selesa la.
Kalo pihak IJM Land buat parking khas dekat dengan taman-taman tuh pun okay juga rasanya sebab ada je nenek & atok yang bawa cucu-cucu yang kitaorang terjumpa masa nak turun ke kereta. Kalo sapa yang ada babies pun jenuh juga la nak menapak dari bawah tuh.
Tapi mungkin IJM Land nak
mempromosikan kehidupan sihat & berharap sapa yang nak datang tengok
dinosaurs tuh sekurang-kurangnya terbersenam secara tidak sengaja macam
kitaorang.
So
pada sapa-sapa yang minat dinosaurs atau parents yang ada anak-anak yang minat
dinosaurs macam anak-anak den, tempat nih merupakan salah satu tempat yang
wajib pergi. In sya Allah berbaloi sebab ianya free, taman-tamannya chantek
& dinosaursnya pun besar-besar walopun 7 ekor sahaja.
16 Comments
Wow tak sabar nak pegi
ReplyDeleteSorry. Baru perasan ada orang komen kat entry nih. Dah pergi ke belum tengok dinosaur kat sini?
DeleteSaya dah pegi....serius jenuh nak menapak naik bukit tu...kene plk wktu panas...kalau pegi ptg skt dan pegi ramai2 mgkin ok la..mmg penat bkn jln rata..naik bukit....fuhhhh....apepun anak la yg enjoy...dia pn xlrt nak menapak suh dukung plk..
ReplyDeleteSorry.....Baru perasan ada orang komen kat entry nih. Memang penat menapak naik ke sini tapi berbaloi kan untuk budak-budak
DeleteSaya dah pegi....serius jenuh nak menapak naik bukit tu...kene plk wktu panas...kalau pegi ptg skt dan pegi ramai2 mgkin ok la..mmg penat bkn jln rata..naik bukit....fuhhhh....apepun anak la yg enjoy...dia pn xlrt nak menapak suh dukung plk..
ReplyDeleteSorry baru perasan komennya. Yupp tempat nih memang sesuai pergi awal pagi atau lewat petang tapi memang worth untuk kiddos
DeleteTmpat ni beroperasi hari apa ye?
ReplyDeletetempat ini dibuka dari pagi ke petang setiap hari kerana dia open park. Sorry baru perasan komennya
Deletebaru sampai semalam. seronok anak2 tengok dinasour. sebenarnya ibu dorang yg terlebih syok haha
ReplyDeleteHa...tempat dia memang best kan. Sesuai untuk kanak-kanak dan parents untuk bersantai. Macam nak kena repeat lagi nih hehhhehehehe
DeleteOuh lama dah tak pergi menapak kat Hill Park ni. Cadang esok 23/9/18 nak pergi sama anak2 panjat bukit Hill Park ni.
ReplyDeleteSorry tuan baru perasan komennya. Cantik lagi tak tempat ni masa tuan pergi tu
DeleteTempat yang menarik 👍👍👍
ReplyDeleteSorry baru perasan komennya. Tempatnya memang cantik
DeleteMaaf nak tanya tempat ni pergi kene bayar kee
ReplyDeleteSorry baru perasan komennya. Masa saya pergi tu free
Delete