Dari Shah Alam amik masa lebih kurang 2 jam untuk sampai ke Ipoh ikut highway PLUS Utara-Selatan. Kalo nak tengok keindahan alam especially ladang kelapa sawit hehehehehe dan nak mengelakkan tol, kita boleh ikut jalan dalam tapi akan amik masa almost 3 jam. Dari Shah Alam ke Tanjung Karang-Sungai Besar-Sabak Bernam-Bagan Dato’ menghala ke Telok Intan, ada la simpang-simpang yang kita kena amik termasuk kat Setiawan sebelum sampai ke Ipoh.

Kitaorang gerak dalam 430 petang dan sampai Bandar Ipoh dalam 630 petang. Kitaorang singgah makan dekat gerai-gerai kat Dataran Majlis Bandaraya Ipoh (Dataran MBI). Nak cari gerai-gerai nih, agak senang kalo kita cari Bangunan Majlis Bandaraya Ipoh. Dah jumpa bangunan tuh, seberang jalannya ada Dataran Ipoh. Gerai-gerai tuh betoi-betoi sebelah Dataran Ipoh.

Masa kitaorang sampai kat Dataran MBI tuh dalam 630 petang tuh, gerai-gerai baru nak buka. Pekedai-pekedai dok susun-susun meja dan kerusi. Parking memang banyak kat sini coz boleh parking deretan rumah-rumah kedai. 

Kitaorang berjalan-jalan kejap dekat Dataran Ipoh sementara nak tunggu gerai-gerai tuh beroperasi. Ada kolam kat kecik kat Dataran Ipoh nih tapi disebabkan airnya keroh, tak beberapa nak nampak ikan-ikannya. Tapi budak-budak nih dah gembira sangat la dapat tengok kelibat insang ikan pun hehehheehehe. Maybe bila kolam tuh dibersihkan ikut jadual yang ditetapkan, memang lagi meriah la kita dapat tengok ikan-ikannya.
2 ketoi gambo yang sempat den amik
Ada lebih kurang 12 gerai yang kat Dataran MBI nih. Ada macam-macam menu. Ada tomyam, sup, pelbagai jenis nasi/mee/ketiaw goreng, char ketiaw, kepak ayam bakar, etc. Memang meriah la menu-menu dia.

Den tak sempat nak ambil gambo barang sekupang pun sebab bateri tab dah kong di samping dok kalut dok kejar budak-budak. Dalam dok kejar depa tuh, sempat gak la si A jatuh tergolek tersalah step kat tangga masa dok tengok kucing. Haish. Benjol la skit kepalanya.

Kitaorang makan sup campur, telur dadar, sawi ikan masin, 2 nasi putih, char ketiaw, air laici, air teh o ais & air kosong. RM19.90 semuanya. Den rasa macam okay harganya. Rasanya pun sedap. Disebabkan den dah kenyang sangat, tak rasa nak makan kepak ayam yang dibakar tuh. La nih teringat-ingat plak kat kepak ayam tuh huhuhuhuhu.

Sapa-sapa yang datang Ipoh boleh la kot singgah makan kat Dataran MBI nih coz di samping menunya yang pelbagai, rasanya boleh tahan sedap & harganya berpatutan.

0 Comments