D Hotel Bandar Seri Iskandar Hotel Menarik Bandar Seri Iskandar
Kitaorang memang bercadang nak tido satu malam dekat Bandar Seri Iskandar nih. Kitaorang
takde book hotel pun. Just jalan-jalan & survey je hotel bajet mana yang
ada.
Alih-alih
tuh ternampak DHotel dari tepi jalan. Masuk je ikut McD dan terus ke hotel tuh.
Hotel nih duduk di satu bangunan dengan Billion. Memang nampak dari jalan besar
tuh.
Entrance hotel |
Lobby nye
nampak simple & lapang. Maybe disebabkan hotel nih baru, serba serbi pun
nampak baru.
Free parking kat depan hotel sampai la ke parking Billion tuh. In
sya Allah parking memang takde problem la.
Lobby & reception area |
Ada 4 jenis
bilik di hotel nih dari RM 165/malam hingga ke RM460/malam. Ada 4 jenis bilik
Standard, Superior and Deluxe Room serta Executive Suite. Kitaorang amik
Standard Room RM165/malam yang ada dua jenis katil, samada katil king atau 2
katil single. Kitaorang dapat 2 katil single yang memang didekatkan sebelah
menyebelah.
Disebabkan
den ada kad keje gomen, den dapat diskaun lagi RM20 untuk bilik tuh. So den
bayar RM145/malam untuk bilik tuh, siap breakfast untuk dua orang dewasa.
Kanak-kanak 6 tahun ke atas kena tambah RM12 untuk breakfast.
Deposit depa amik RM100 & akan dipulangkan masa kita check out.
Deposit depa amik RM100 & akan dipulangkan masa kita check out.
Biliknya
chantek sangat k. Hiasan yang moden dan simple. Yang penting punca kuasa (plug
point) ada lebih kurang 6 kat bilik tuh k. Sesuai la nak penuhi keperluan
sekarang yang setiap ahli keluarga selalunya ada handphone setiap sorang. So
tak payah nak bergaduh-gaduh nak berebut plug untuk caj handphone.
Ada meja
jugak untuk sapa-sapa yang bawa laptop nak buat keje ke ape ke.
Biliknya
cozy sangat-sangat. Den suka.
Bilik air
pun cantik. Pressure shower dia yang kuat adalah feature yang terpaling best
untuk budak-budak tuh coz depa sakan la mandi sampai kecut-kecut badan.
Username dan
password wifi untuk setiap bilik diberikan sekali masa kita check in. Free 500
MB untuk setiap device setiap hari katanya. Kalo kita dah abis guna kuota yang
dibagi tuh, kita boleh jugak beli 1 GB dengan rege RM15 kat hotel tuh.
Sabtu
paginya kitaorang breakfast kat Jintan Putih Room kat tingkat 4. Besar kawasan
makan dia nih. Boleh muat 170 pada satu-satu masa katanya. Siap ada mini pentas
lagi. Food spread dia sederhana. Ada mee goreng mamak, nasi tomato, cereals,
tembikai, roti, bubur, sosej, potato, mee dan ketiaw sup, ommelete, etc. Rasa
memang boleh tahan.
Jintan Room
nih plak bersebelahan dengan pool. Memang la tak senang duduk kitaorang nak
breakfast coz budak-budak dah terkinja-kinja nak mandi pool.
Lepas
breakfast bawa budak-budak mandi pool. Takde life guard disediakan. So parents
kena la perati anak-anak mandi. Pool nye kecik je. Ada bahagian kanak-kanak
dengan kedalaman 0.7 m dan bahagian dewasa dengan kedalaman 1.4 m.
Sakan depa berendam dalam pool tuh |
Walopun pool
nih comel je tapi disebabkan konsepnya infinity pool menjadikannya agak
menarik.
Memang la
sakan budak-budak nih mandi kat pool tuh.
Hotel nih
juga ada 8 bilik yang disediakan untuk seminar, bengkel, etc.
Yang paling
best hotel nih satu bangunan dengan Billion. So kalo nak beli barang memang
senang sangat la. Berjalan kaki tak sampai 5 minit dah sampai Billion.
Kat entrance hotel jugak ada bakery. Kitaorang sempat la lepak makan cakes kat situ sebelum check in kat hotel.
Kat entrance hotel jugak ada bakery. Kitaorang sempat la lepak makan cakes kat situ sebelum check in kat hotel.
Makan kek kat tepi hotel |
Sebelah
hotel nih jugak ada DMall yang macam-macam kedai ada kat dalamnya termasuklah
panggung wayang.
Hotel nih 3
stars tapi rasanya macam berbaloi-baloi rege dengan servis yang disediakan +
facilities yang ada kat keliling hotel nih. Kalo datang kat Bandar Seri
Iskandar memang la boleh melepak lagi di sini.
Boleh dapatkan maklumat lanjut di sini:
D Hotel Seri Iskandar
Lokasi: 526, Lebuh SIBC, 32610 Seri Iskandar, Perak
Facebook: https://www.facebook.com/dhotel.my/
Website: http://www.dhotel.my/
Email: reservation@dhotel.my
Telefon:
05-3748888
0 Comments