IndoorPlayground di SACC Mall kat tingkat 3. Sebelah kedai Royal Cotton. Baru sangat buka nih, lebih kurang sebulan.
Bayaran untuk weekend bagi budak umur 3 - 12 tahun RM 10/orang dan budak umur 3 tahun ke bawah RM 5/orang. Boleh main selama mana depa nak.

Kat sini juga disediakan khidmat drop & shop. So parents boleh tinggalkan anak umur 5 tahun ke atas untuk bermain kat sini sementara parents pergi shopping. Maksimum 3 jam. Harga dicaj mengikut jam.
Kalo boleh sesiapa yang nak datang sini next time bawa stokin sebab diwajibkan memakai stokin untuk bermain kat sini. Kalo tak bawa stokin, kita boleh beli stoking yang disediakan RM2/pasang. Stokin nih den rasa nak mengurangkan kawasan permainan tuh kotor due to peluh, etc.

Ada beberapa bahagian kat kawasan permainan nih:

1. playground - ada slides, bouncing area, beratus bola kecik-kecik & boxing bags
Ada disediakan loker kalo kita nak menyimpan barang sementara budak-budak main kat sini
2. sand area - kawasan main pasir macam main pasir pantai tuh & penyodok, etc
Colourful boots kat sebelah atas tuh untuk budak-budak. Kasut kat rak kedua & ketiga tuh untuk parents yang nak teman budak-budak main kat sand area tuh.
Sakan budak-budak nih main pasir
3. toddler area - ada swings, slides, balls, plush toys, set mainan doctor (ada picagari, stetoskop, etc);
4. area untuk lontar bola masuk dalam jaring;
5. kawasan untuk mewarna & susun mainan cam lego. 
Gembira sangat la budak-budak nih dapat melompat dan bergerak ke hulu ke hilir kat sini especially si F. 
Budak-budak nih main sampai 4 jam. Nak balik si abang siap melalak lagi coz happy sangat dapat berjimbaan kat situ.
Barang yang boleh dibeli cam pasir dan set penyodok pasir
Ada café kat dalam compound playground nih. Ada nasi lemak, lontong kering, brownies, cookies, macaroons, coklat, etc. Parents boleh la lepak makan minum kat sini sambil tunggu anak-anak bermain. Kitaorang sempat makan nasi lemak ayam merah & lontong kering. Boleh tahan jugak sedap food nye.
The menus
Nasi lemak ayam masak merah
Lontong kering rendang daging
Cookies, brownies & macaroons
More cookies and others
Coklat yang kena disorok daripada budak-budak. Kalo tak depa dok sauk nih je la makan.
Ada juga disediakan set makan untuk budak-budak yang bermain kat sini. Set Dinosaur namanya.
Kitaorang ambil set yang ada nugget & fries.
Entry nih dibuat coz ada 3 perkara berkaitan dinosaur kat indoor playgroud nih:

1. set makan Dinosaur

2. but Dinosaur yang sangat comel kat sand area
3. hiasan Dinosaur yang ada kat playground nih. Eh tuh dino ke kura-kura? Bantai je la labu.

So parents boleh la bawa budak-budak datang sini untuk enjoy the playground sementara parents pergi shopping or pergi pameran kat SACC Hall.

0 Comments