Banyak perkara or pengajaran yang den dapat dari novel The Last Empress:

1. masa Russia, Britain & Perancis nak takluk China pada tahun 1901, depa cakap depa tak nak musnahkan China coz pada satu masa nanti, China akan jadi vast economy power. Prediction pada tahun 1901 tuh nampaknye memang betoi coz for the past a few years, memang China dah jadi kuasa ekonomi dunia, mengatasi US lagi.

2. kadang-kadang pemerintah tak beberapa pandai nak mentadbir. Tanggungjawab nak mentadbir dengan bijaksana tuh akhirnya akan dibagi pada orang yang boleh buat yang mana kadang-kadang jasa depa tak diiktiraf pun.

Contohnya dalam novel nih, jasa Li Chung Hung & Yung Lu. Punya la banyak jasa depa sampai Maharani Tzu Hsi ada cakap, hanya dia & westerners yang sedar bahawa Li Chung Hung adalah pemerintah sebenar untuk China pada masa tuh coz banyak negotiations yang dia buat menyelamatkan China daripada dijajah secara kejam, etc. Yung Lu plak seorang ketua tentera yang sangat berwibawa tapi hampir diarah bunuh oleh Emperor coz Emperor dok dengo cakap penasihat yang entah apa-apa.

The same goes kat certain organizations kat mana-mana kot rasanya.

3. kadang-kadang dalam hidup nih walopun kita sebenarnya lebih berkeupayaan & memang ikhlas nak membuat sesuatu keje, jawatan tuh akhirnya akan dapat kat orang yang kurang competent sebab dia pandai memanipulasi keadaan. 

Dalam novel nih, Maharani Tzu Hsi ada cakap dia selalu rasa Prince Kong sebenarnya lebih layak menjadi Maharaja daripada Heisn Hung tapi disebabkan Heisn Hung tunjukkan cam kemurahan hati tak nak bunuh binatang masa memburu (atas ajaran cikgu dia), Maharaja pada masa tuh kurniakan takhta pada Heisn Hung padahal Prince Kong yang berjaya memburu semua binatang yang ditetapkan dalam competition tuh.

The same goes kat dunia zaman sekarang nih kot coz kalo kat banyak opis pun kita bley tengok orang yang ntah apa-apa dapat naik pangkat, etc. Orang yang boleh buat keje tuh kadang-kadang dipinggirkan langsung. Tapi kita jangan lupa pulak konsep rejki yek.

#notetoself - kena pandai main office politic kak oiiii hehehhhehehehehe
4. dalam hidup nih perlukan banyak pengorbanan untuk menjayakan sesuatu lagi-lagi la nak menjaga rakyat dan negara. Maharani Tzu Hsi mengorbankan rasa kasih pada anaknya Tung Chin dan anak sedaranya, Guong Hsu bagi pastikan depa dapat jadi Emperor yang dapat memimpin negara dengan sebaiknya.

5. kadang-kadang dalam hidup nih, sebaik mana pun kita berusaha mengubah seseorang untuk jadi lebih baik, etc, kalo orang tuh tak nak berubah, kita tak dapat buat apa-apa. Maharani Tzu Hsi mendidik, menaungi & menasihati anaknya Tung Chin dan anak sedaranya, Guong Hsu bagi pastikan depa dapat jadi Emperor yang terbaik tapi depa tak dapat nak terima pressure jadik Emperor. Akhirnya Tung Chin sibuk dok pi umah pelacuran & Guong Hsu depress.

Camtuh la life kita gamaknya. Kita coba buat yang terbaik untuk family, adik beradik & anak-anak kita tapi kalo depa sendiri tak nak berubah, etc, there is nothing much we could do.

6. mencintai tak semestinya memiliki....chewah hahahhahahahaa. Maharani Tzu Hsi & Yung Lu saling mengasihi tapi disebabkan Maharani adalah pemerintah tertinggi negara & tak boleh kawin lain, rasa kasih tuh depa simpan jauh-jauh dalam hati. Maharani Tzu Hsi kata dia dapat kekuatan untuk berjumpa dengan menteri-menteri setiap hari coz Yung Lu ada dalam perjumpaan tuh.

Yung Lu adalah pengkritik dia yang paling harsh & honest untuk pastikan setiap keputusan dibuat dengan ambilkira semua aspek. Once Maharani dah buat keputusan, Yung Lu akan pastikan pelaksanaannya dibuat dengan jayanya.

Sampai ke akhir hayat depa, rasa kasih sayang antara depa tak pernah terpadam.

Tragis k love story depa nih. Kalah kot Romeo & Juliet or Laila Majnun, etc coz kisah depa melibatkan pengurusan negara & depa memang tak akan dapat bersama sebab polisi negara yang menjadi penghalang gittew.

True love story or chenta sejati do exist huhuhuhuhuhu.

0 Comments