Ada orang kulit dia memang takde masalah langsung. Den ada problem skin tags kat muka, leher & dada. Doktor kata den punya skin tags nih maybe due to cholesterol den yang agak tinggi huhuhuhu.

So awal tahun nih den pun jumpa Dr di PPUM untuk buang skin tags nih. So Dr setkan appointment pertama untuk buat buang skin tags nih di Klinik Surgeri.

Di PPUM, nak buat skin tag removals bagi orang yang takde Guarantee Letter (GL) adalah RM 50/sesi.

Sekejap je prosesnya bergantung berapa banyak skin tags yang kita nak buang. Den buat 3 sesi atas nasihat Dr.  

Lepas kita dah mendaftar, kita akan pergi ke operation theater kat Klinik Surgeri. Nurse akan letakkan krim bius kat muka. Krim bius nih boleh dibeli dekat farmasi dekat PPUM. Dr akan tuliskan preskripsi untuk kita beli krim bius nih.

Bila kita  masuk bilik operation theater, Dr akan cuci muka kita dengan air, lepas tuh dia bakar skin tag tuh guna alat khas. Walopun dah dibubuh bius tapi still sakit. Menitik gak la air mata. Skin tags yang besar kena kikis dulu baru bley bakar.

Dalam setengah jam boleh siap. Lepas tuh nurse akan sapukan ubat antibiotic.

Lepas buat skin tags removal tuh, hari pertama memang akan rasa pedih gila. Setiap kali amik wuduk memang terasa la pedihnye for the first two days tuh. Setiap malam kena apply antibiotic sampai 3 hari nih.

Disebabkan parut akan jelas kesihatan macam kena chicken pox dalam seminggu, den sarankan supaya sesiapa yang buat skin tags removal nih merancang coti dengan baik supaya dapat berehat kat umah supaya parut tuh okay skit.

Dalam 3,4 hari luka akan mula baik tapi akan rasa gatal-gatal kat parut tuh. Dr dah pesan jangan garu tapi bila terlupa tuh tergaru gak la.

Lepas 10 hari ke 2 minggu, kita dah fully recover. Skin tags den yang besar tinggalkan parut yang jelas sampai sekarang.

3 Comments

  1. sis terus ke ppum ke dpt refer dari klinik kerajaan dulu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry baru perasan komennya. Masa tuh saya terus je pergi ke bahagian pesakit luar dan minta dirujuk ke bahagian kulit

      Delete
  2. mcm mna prosedur awal untuk dapatkan rawatan skintag ni?

    ReplyDelete