PhD...Satu Analisis
Chewah......tajuk tak menahan
kan?
Sebut-sebut pasal PhD nih, teringat
plak discussion masa lunch dengan buong satu ketika dulu (dalam 4,5 bulan lepas)
dia dok suruh buat PhD. Dia tuh beriya-iya suruh den sambung blajo. Den layankan
je la dia nyembang.
Sebenar-benarnya den adalah
sangat malas nak blajo. Den pun sangat tak sure den nih up to the challenge ke nak
buat PhD coz bukan calang-calang orang yg mampu melaluinya. Maybe one of these
days I will look into the possibility to seriously consider whether I want to
do the PhD.
Antara perkara yg harus
dipertimbangkan adalah:
1. rajin sangat ke den
nih nk buat PhD - nih adalah
perkara pokok utama yang perlu den perhalusi dan fikir semasak-masaknya supaya
tak menyesal di kemudian hari. Tak nak la buat keje separuh jalan, etc coz
lepas lebih 15 tahun meninggalkan hal-hal berkaitan blajo dan tesis nih, tahap
kemalasan den adalah melebihi tahap kuasa Dewata Raya;
2. niat/tujuan den nk buat PhD - nk menambah
ilmu (cliché sangat kan), nak jadi lecturer di kemudian hari (coz
smpi masa akan bosan gila dgn keje sekarang, etc), mengisi masa
lapang dengan perkara yang bermanfaat (cam la lapang sangat masa den ye),
saja menggatai tengkok (dengki kat orang yg dok sakan buat PhD, berangan
nk gak gelaran Dr walo pun idok la layak hahaahhaa), etc;
3.
duit - rajin ke den nak memohon biasiswa by JPA, MARA, atau ape-ape
agencies yg tawarkan loan. Kalo tak dapat loan, kat celah mana nak korek duit
nk bayo yuran pengajian walo pun ianye nanti bley ditolak untuk kiraan cukai
LHDN;
4. masa - masa
yang dok ada sekupang dua kat umah tuh la nak spend dengan budak-budak, layan
depa main, etc, , tengok dvds/vcds, baca buku, kemas umah dan masak sekupang
dua, etc. So tatau kat celah mana la den nak luangkan masa membuat PhD tuh. Adakah
masa waktu dinihari bila budak-budak dah tidoq (kul 12am ke atas), waktu lunch
masa waktu keje, lepas office hour sementara tunggu nk balik rumah, waktu mesyuarat
boring yang rasa nak tertidoq, etc;
5. semangat juang - ada semangat dan larat ke den
nih nak membuat PhD nih. Umoq dah nak masuk 38 tahun kot next year. Larat ke den
nih nak mengharungi semua perkara berkaitan PhD nih:
a) nak
buat proposal - nak buat proposal lawatan berjimba-jimbaan ke mana-mana
pun den dah sesak napas, nih kan pulak nak buat proposal hal-hal keilmuan dan
ilmiah. Memang ntah la;
b) nak
study buku rujukannye, tesis-tesis terdahulu, journals, etc - nak
membaca reports yang kontraktor & consultants dok anto nih pun den dah
malas nk mampoih;
c) nak
pilih supervisor & co-supervisor - sapa la yang sudi nak amik
den jadi orang yang diselia coz depa haruslah sangat sudi membantu dan memberi
tunjuk ajar pada den berkupang-kupang tanpa membuat den rasa cam nak bunuh
diaorang atau diaorang rasa nak bunuh den;
d) buat
eksperimen/analisis - den dah la sangat malas pengsan nak masuk lab
buat eksperiman, nak ngadap computer buat analisis lagi la menyakitkan jiwa, nak
buat modelling lagi la, etc;
e) nak
menulis PhD tuh sendiri - nak tulis tesis dalam BM pun rasanya dah cukup
terseksa jiwa raga. Kalo berangan nak tulis tesis dalam BI memang matik la. Degree
dan master den dalam BM…tuh pn dibuat 15 tahun lepas, penulisan dan percakapan den
selama 38 tahun den hidup kat muka bumi nih adalah BM. English den adalah
sangat melingkup tahap cipan…speaking ke writing ke sama je tahap hampehnye. So
camne la gamaknye den nk menulis dalam BI nih. Berangan takmo kalah ye. Nak
tulis tesis in English konon;
f) nak
menyiapkan mental, emosi dan fizikal membentangkan tesis dan menghadapi
hentaman dan kritikan masa viva - den nih dah la memang phobia nak bercakap-cakap
kat depan orang apatah lagi nak mempertahankan kajian yang den buat di depan
experts yang tau banyak sangat perkara daripada den; etc.
6) Tajuk
PhD - nak buat PhD tentang apa? Adakah something related dengan keje
den sekarang? Den rasa kalo buat tesis pasal gossip artis antarabangsa,
haruslah cemerlang. Tesis ilmiah nih memang la tak dapat terfikir lagi apa yang
den nak buat.
Menulis perkara-perkara yang
den perlu pertimbangkan sebelum decide nak buat PhD pun dah cukup stress dan
mengerikan den. Lagi ngeri daripada tugasan Frodo membawa cincin nak dibuang ke
dalam api Modor. At least Frodo ada Fellowship of The Ring, si Sam yg teman
dia, tugasan yang susah tuh pun amik masa 13 bulan nak settle. So camne la
gamaknye nak buat PhD…a very long journey...alone plak tuh...adoi la.
0 Comments