Tajuk macam nak buat program Dewan Bahasa Pustaka (DBP) atau Promosi Pesta Buku je gayanye yek padahal ceite personal je pun.

Just nak cerita pasal a very long affair den dengan buku.

Semuanya bermula pada tahun 1983 kalo tak silap. Masa den umoq 5,6 tahun camtuh, Allahyarham mak bleh dikatakan almost every Friday akan bawa den pegi library dekat tepi pantai dekat dengan Hospital Butterworth.

Pegi sana naik basikal. Dalam almost 45 minit juga la dari rumah. Agendanya hamper sama je setiap kali:

1. baca dan habiskan 1 buku kt library;

2. pinjam 2 buku (1 buku BM & 1 buku BI) untuk dibaca di rumah;

3. naik buaian kt tepi pantai (kadang-kadang dapat makan ais krim); dan

4. kadang-kadang kutip biji saga.

Every week routine yang sama.

Buku yang paling den ingat adalah siri tikus yang bernama Siti dan kawan-kawannya (binatang lain). Ada 1 siri tuh ceite pasal kawan Siti iaitu seekor cicak menangis sebab ekornya putus. Cicak-cicak yang lain dok pujuk dia jangan nangis sebab ekornya akan tumbuh semula. Akhirnya ekor cicak tersebut tumbuh semula dan semua binatang happy. Dari buku ceite tuh den tau la rupa-rupanya ekor cicak akan tumbuh semula lepas ia putus.

Lepas Allahyarham mak meninggal, habit membaca tuh terlekat juga sedikit sebanyak kat den. Asal ada benda yang boleh baca biasanya memang den baca la camtuh.

Antara yang den masih ingat masa umur 13-15 tahun, dok sakan membaca baca novel melayu je:

1. dok sakan khatam baca majalah Wanita & Jelita kt rumah aunty kt TTDI. Setiap kali pegi sana memang akan baca semua magazines tuh;

2. setiap kali ikut atok melawat besan kat Tanjong Malim, mesti akan baca siri Bercakap Dengan Jin oleh Tamar Jalis.  Mujur tak mimpi ngeri or ngigau ke ape;

3. URTV dan Mangga yang dibeli dek cousins and aunties pun den baca jugak;

4. start baca novel chenta yang jiwang-jiwang oleh Ahadiat Akashah, dsb. Tapi novel melayu yang sampai sekarang den ingat adalah Jibam dan Cinta Terakhir (Ujang) dan Sindora (Samsiah Mohd Noor); dan

5. start baca komik Dewata Raya oleh Tony Wong. Dekat 3 tahun gak rasanya baca komik nih…habis duit gila-gila  la kt komik nih. Mula2 keluar 1 bulan sekali, then 2 minggu sekali…akhir sekali reganye kalo tak silap RM4.50 kot. Komik lain macam Pedang Setiawan, Raja Rimba & Alam Perwira den baca sekali sekala bila dapat pinjam daripada kawan-kawan.

Bila masuk asrama, memang tak sempat nk baca novel ape sangat coz tekanan perasaan, banyak betoi rules nye, dgn prep nye, macam-macam programnya. Dalam dok tension tuh sempat gak la continue baca komik Dewata Raya tuh. Dok beli kat Plaza Metro Kajang. Den buat collection komik Dewata Raya nih tapi akhirnya dibakar dek atok coz menyemak ruang kt rumah hahhahaha. Memang terpesona betoi dengan Naga Merah, Harimau Hitam & Pheonix tuh. Berhenti baca komik nih bila jalan ceitenye dh start meleret-leret.

Bila masuk matrikulasi, start baca romance novels by Judith McNaught.

Bila buat degree kat UKM, dah start baca novels oleh Jude Deveraux dan Marian Keyes. Selalu pinjam buku kat kedai buku di Central Market (CM). Sanggup tuh naik komuter dari Bangi untuk ke CM untuk pinjam buku. Masa nih dah start baca novels by John Grisham dan Sidney Seldon.

Masa movie Kuch Kuch Hota Hai dok meletop-letop tahun 1998, den siap baca majalah gossip bintang-bintang Hindustan lagi. Nama majalah tuh Stardust. Selalu beli masa kt Terminal One Seremban. Setahun gak la den baca Stardust nih.

Bila mula-mula keje tahun 2001, habit membaca nih masih dok ada tapi lebih pada magazines cam Cleo, Galaxy dan Womens Weekly.

Disebabkan papers kat opis memang setiap hari ada, so memang akan coba baca paper bila sempat. Walaupun tak semua berita bley dipercayai, den still suka baca paper.

Kalo ada orang beli Harakah pun, den tumpang baca kalo berkesempatan.

Sampai la nih, kalo ada sanak sedara atau kengkawan beli Mastika ke, URTV ke, Hai ke, Mangga ke ape ke, semua den baca.

Reader Digest & Mingguan Wanita pun den pernah beli beberapa kali tapi takde feel nak melanggan depa continuously.

Bila dah ada anak sulung tahun 2010, memang kurang sangat membaca coz tak berapa ada masa sangat tapi paper almost every day tetap baca.

Pernah coba baca buku motivasi cam Dare To Fail, Rich Dad Poor Dad & Membina Hati Bahagia tapi hajab nak menghabiskannya. Memang setakat nih hati tidak terbuka sangat baca buku2 motivasi.

Buku-buku agama pn sama gak. Beli je lebih, bacanye tak pernah habis.

Tahun 2015 nih antara azam den nak baca sekurang-kurangnya satu novel sebulan. Alhamdulillah setakat hari nih den dah berjaya baca 20 buah novels.

Nanti bile berkesempatan den akan ceite la sekupang dua pasal koleksi buku-buku den.

So den rasa disebabkan daripada kecik den dah diterapkan dengan budaya membaca buku oleh Allahyarham mak, Alhamdulillah sampai sekarang den masih membaca bila sempat. Harapnya perangai membaca nih berterusan…in sya Allah.

0 Comments