Doa-Doa Favourite
Kadang-kadang
dalam hidup nih ada stuff yang jadi favourite. Pasal material toksah ceite la.
Cam den sendiri ada pensel & pen feveret, jeans feveret, buku feveret, mug
feveret, etc…nih den akan ceite bila ada masa nanti-nanti.
In sya
Allah bila den ada lagi doa-doa favourite den akan update di blog nih yar.
Yang
den tak tersangka den akan doa-doa feveret. Doa-doa of coz la semuanya harus
baik-baik belaka tapi ada doa-doa yg den sangat berkenan di hati.
1st
favourite doa: “Ya Allah Ya
Tuhanku. Peliharalah dan kawallah akan daku. Lindungilah akan daku, keluargaku,
hartaku, pasanganku serta zuriatku daripada kejahatan mata-mata orang yang
cemburu, orang yang hasad, orang yang dengki, orang yang khianat, orang yang
fitnah, tukang-tukang sihir, orang yang suka turunnya bala, orang-orang jahat
dan juga syaitan.”
Doa
nih adalah sebahagian daripada doa-doa di dalam Buku Perubatan Islam oleh Ustaz
Dato’ Dr. Harun Din (den tak sure tuh ke nama buku tuh, nanti den check balik.
Tuh pun kalo den ingat la den letak mana buku tuh huhuhuhuhu).
Banyak
doa-doa dalam buku tuh tapi doa nih yang den paling suka…simple tapi menyeluruh
den rasa.
2nd
favourite doa: “Ya Allah, kurniakanlah kepada diriku, keluargaku,
pasanganku serta zuriatku rezeki yang halal dan barokah. Sekiranya rezeki kami
masih jauh, dekatkanlah kepada kami. Sekiranya rezeki kami berada di langit,
maka turunkanlah ia kepada kami. Jika rezeki kami berada di dalam bumi, hanya
Engkau yang Maha Berkuasa untuk mengeluarkannya dan memberikan kepada kami.”
Den
ada tengok kat internet, ada doa yang lebih lengkap berkaitan rezeki nih tapi
lupa pulak den cilok kat blog mana. Harap dimaafkan oleh author blog tuh sebab
terlupa nak letak sumber dari blog mana.
“Ya Allah, sekiranya rezeki kami berada di langit, maka
turunkanlah ia. Jika ia ada di bumi, keluarkanlah ia. Dan jika ia berada di
dalam lautan, munculkanlah. Sekiranya rezeki kami di tempat yang jauh,
dekatkanlah ia. Jika ia sedikit, banyakkanlah ia. Dan jika caranya sukar untuk
sampai kepada kami, mudahkanlah ia. Serta pindahkanlah rezeki tersebut kepada
kami dengan kemuliaan.”
3rd
favourite doa: “Ya Allah, sayangilah dan kasihanilah kedua ibu bapaku
sebagaimana mereka menyayangi dan mengasihani diriku semasa aku masih kecil.”
Doa
yang paling simple dan terkesan di hati pasal mak ayah. Enough said.
0 Comments