Ada member bagitau ada pameran dinosaurs dekat Tesco Jenjarum, Banting.

So kitaorang pergi la ke sana. Sampai kat Tesco tuh dalam kul 4 pm. Nak masuk entrance parking Tesco tuh dah memang boleh nampak dinosaurs. Budak-budak memang sangat excited.
Makan dulu semua kat Tesco coz pameran dinosaurs tuh bermula pada 5 pm sampai 12 tengah malam.
Rupa-rupanya pameran dinosaurs nih adalah daripada Dinasour Alive Park. Sama yang macam kitaorang dah pergi pada 29 Mac 2015 dekat Tesco Seremban 2, Negeri Sembilan. 

Tapi pameran yang kat sini lebih sendu daripada pameran kat Seremban 2 tuh. Maybe jugak disebabkan kitaorang dating waktu siang. So tak happening sangat la gamaknya. Maybe malam happening kot.

Entrance fee RM8/orang untuk dewasa dan RM15/kanak-kanak. Free entrance untuk budak-budak bawah 3 tahun. Dah mahal skit tiketnye berbanding masa kat Seremban 2 tuh (RM5/orang untuk dewasa dan kanak-kanak).

Ada dalam 10 ekor dinos. Tapi yang bergerak-gerak seekor je. Audio untuk bunyi dinosaurs pun tak dipasang lagi. Maybe malam la kot depa pasang bunyi dan bagi dinosaurs lain bergerak-gerak. Setiap dino diletakkan info pasal depa. Nama saintifiknya, nama manja, berat, etc.
tepi jalan betoi tempat dinos nih
Trex dino yang paling besar kat sini
Other dinos
Ada 3 flatable bouncing playground.
sakan budak-budak nih main
Budak-budak tuh la terpaling happy dapat tengok semua dinos tuh. Ke hulu ke hilir depa dok tengok dinos tuh sebelum depa terpesona nak main dekat flatable bouncing playground tuh plak.
Masa kitaorang masuk tuh ada 3 families with kids je yang ada. Maybe sebab awal sangat kan kitaorang dating. Maybe sebelah malam ramai orang.

Ternampak patung aliens tuh kat belakang trailer. Patung-patung nih akan dipasang waktu malam.

Dinosaur Alive Park kat Seremban 2 tuh lebih happening sebab ada mainan memanah dan golf, gerai jualan makanan, tempat mencari fosil, etc.

Tapi still kalau ada parents nak bawa anak-anak nak tengok dinosaurs boleh datang sini.

Tak sure pulak den sampai bila pameran dinos di Tesco Banting nih.

0 Comments