Mari Membaca di Perpustakaan Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Ini adalah tempat yang tidak termasuk di dalam itinerary jalan-jalan cari makan ke Kota Kinabalu - Kundasang pada Januari 2020 yang lepas. Iya sudah setahun tidak selesai juga cerita berjimbaan bersama konco-konco. Haishhh. In sya Allah den cuba habiskan cerita dalam bulan Januari ini ye.
Perpustakaan Tanjung Aru ini terletak sepelaung dari Pantai Tanjung Aru. Kalau hendak ke pantai memang akan melintasi bangunan perpustakaan yang tersergam ini. Masa kami hendak ke pantai kami mula-mula musykil bangunan apa yang cantik sangat ini. Jadinya sebelum hendak balik ke Semenanjung, memang merancang hendak singgah ke perpustakaan ini sebab ulat buku dan perpustakaan biasanya jarang dapat dipisahkan. Tidak dapat membaca dapat bergambar dengan papan tanda perpustakaan pun jadi begitu.
Bangunan Perpustakaan Tanjung Aru setinggi enam (6) tingkat dengan keluasan 62,000 kaki persegi ini dibina dengan rekabentuk hijau (green design) yang mengambilkira motif etnik kaum Sabah di dalam rekaannya menjadikan bangunannya memang unik dengan gabungan tema ala-ala futuristic dan tradisional.
Perpustakaan yang dibuka kepada orang ramai pada April 2019 ini dibina dengan peruntukan bersama melalui inisiatif Corporate Sosial Responsibility, CSR oleh Bank Pembangunan Sabah dan Syarikat Bekalan Air Lahad Datu dengan sumbangan masing-masing sebanyak RM20 juta.
Setiap tingkat perpustakaan
ini sememangnya mempunyai rekabentuk dan hiasan yang tersendiri tetapi den
paling tertarik dengan bahagian kanak-kanak di tingkat satu (1) yang sangat
berwarna-warni dan kreatif.
Rezeki anak-anak zaman sekarang ini mendapat kemudahan perpustakaan yang bukan sahaja menyediakan pelbagai bahan bacaan tetapi juga persekitaran yang sangat welcoming untuk kita berlama-lamaan di sini. Rasanya kami bertiga paling lama melepak di bahagian kanak-kanak ini. Memang awesome yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata suasana di sini.
Dua bilik atau ruang yang menarik perhatian kami di perpustakaan ini adalah maker room dan innovation room. Walaupun tidak dapat memasuki kedua bilik tersebut, pandangan dari luar pun membuatkan den terasa berada di dalam makmal Tony Stark begitu….chewah….berangan itu percuma kan?
Kami berjalan di setiap tingkat melawat kawasan ala-ala Yang Berhormat tetapi hati kami memang terpaut kepada bahagian kanak-kanak.
Selepas puas berjalan di sana sini di dalam perpustakaan ini, kami berehat sekejap mengambil gambar di taman di luar bangunan.
Den merasakan Perpustakaan Tanjung Aru ini harus dijadikan tempat persinggahan bagi sesiapa yang mengunjungi Kota Kinabalu lagi-lagi kalau siapa yang pergi ke Pantai Tanjung Aru sebab bukan sahaja boleh cuba browse pelbagai buku, majalah, dsb tetapi bagi peminat OOTD memang banyak sangat tempat menarik untuk difotokan, boleh berehat di taman di luar perpustakaan, boleh melepak minum kopi di café yang tersedia di lobi, boleh menjamu mata serta membeli cenderahati, dsb.
Tajuk post adalah mari membaca tetapi kami bertiga hari itu lebih kepada mari menghayati keindahan perpustakaan yang cantik banget di samping mengambil gambar di sana sini hehehehehe. Kalau hendak tulis tajuk mari berjimba di perpustakaan macam tidak ilmiah la pula kan.
Kami sempat solat di sini sebelum bergerak pulang.
I just love books. Rasanya kalau ada jawatan kosong di perpustakaan ini, den dengan rela hati sanggup datang bekerja di sini.
Kepada sesiapa yang berminat untuk dapatkan maklumat lanjut tentang Perpustakaan Tanjung Aru ini, boleh layari:
Facebook: https://www.facebook.com/tanjungarubranchlibrary/
0 Comments