Hotel Best di Pulau Pangkor 2020: Pangkor Coral Bay Resort, Pulau Pangkor
Memang banyak hotel, resort
dan homestay di Pulau Pangkor untuk kita pilih sepanjang masa kita berjimbaan
di pulau yang baru mendapat status bebas cukai ni.
Den nak cerita kenapa
korang boleh pertimbangkan untuk menginap di Pulau Pangkor atas sebab-sebab
yang den akan ceritakan kemudian.
Pangkor Coral Bay Resort
atau kadang kala dikenali dengan Pangkor Coral Bay terletak di kawasan yang
dekat sangat dengan Pantai Pasir Bogak, lebih kurang 2 km dari Jeti Pangkor
menyediakan pelbagai kemudahan bagi memastikan percutian sekeluarga atau
bersama kawan-kawan best dan tinggalkan memori indah.
5 Jenis Penginapan
Boleh pilih mana-mana bilik
di Pangkor Coral Bay Resort yang bersesuaian dengan keperluan dan bajet kita
untuk menginap sepanjang kita di Pulau Pangkor ni.
3 jenis bilik hotel iaitu
Superior (2 orang), Deluxe dan Suite (3 orang).
Bilik suite |
Bilik Superior
Ini bilik yang den menginap
sepanjang 2 hari 1 malam di Pulau Pangkor. Walaupun untuk 2 orang tapi dia
punya luas tuh 4 orang dewasa. Cumanya kena bawa toto la tidur kat bawah
hehehehhe.
Duduk 2 orang pun terasa
lapang lagi kan den duduk sorang-sorang. 2 katil single den yang punya. Sakan
la den bergolek sana sini. Dah la empuk kan. Memang mengundang untuk tidur lalu
terlajak kalau tidak kunci jam.
Ada disediakan mini fridge.
Televisyen siaran pun jelas. Ada sejadah disediakan di setiap bilik.
Bilik air ada bath tub.
Boleh la berendam di sini sambil fefeling orang hado-hado gitu.
Jarang dapat hotel yang ada
balkoni. Makanya memang teruja melepak di balkoni walaupun tidak mengadap laut
tapi masih boleh nampak pemandangan seluas mata memandang.
Apartment
Kalau korang datang
ramai-ramai ala rombongan Cik Kiah, Pangkor Coral Bay Resort ada sediakan 2
jenis apartment untuk korang pilih iaitu apartment 2 bilik dan apartment 3
bilik.
Kalau nak terasa lebih
macam kat rumah dengan ruang yang lebih besar, korang pilih apartment duplex 3
bilik. Cumanya kalau ada anak-anak kecil kena berhati-hati lebih sikit, takut
sakan depa berlari naik turun tangga hehehehehe.
Apartment dan apartment duplex |
Kemudahan
Bagi ibu bapa kalau
menginap di mana-mana hotel mesti nak cari swimming pool sebab itu la
kegembiraan anak-anak. Pangkor Coral Bay Resort ada swimming pool untuk
kanak-kanak (siap ada gelongsor) dan dewasa.
In sya Allah budak-budak
memang akan mandi pool kat sini sampai lebam.
Untuk parents yang menunggu
anak-anak mandi pool, boleh beli kudapan dan berehat-rehat di kerusi yang
disediakan di sekitar pool ye.
Indoor playground pun ada.
Ada 2 hypermarket di lobi
resort. Sebuah hypermarket baru je dibuka pada 14 Mac 2020 yang menawarkan
pelbagai barangan bebas cukai dari coklat ke pinggan mangkuk bagai. Sediakan
aje duit untuk shopping sakan di sini ye.
Pangkor Coral Bay Resort
juga ada menyediakan pakej aktiviti kepada mereka yang menginap di sini macam island hopping with beach BBQ lunch, sea
tour/snorkeling with snacks, city island tour dan lain-lain.
Untuk harga setiap jenis
penginapan dan pakej 2020, boleh rujuk gambar di bawah ye.
Makanan Yang Sedap Menjilat Jari
Ini adalah cerita yang
paling best sekali untuk den sepanjang den ada di Pangkor Coral Bay Resort
sebab makanannya memang antara yang terbaik.
Rasa makanan memang
berbintang-bintang.
Makan Tengahari
Sampai je di Pangkor Coral
Bay Resort, kitaorang terus dibawa makan tengahari di café.
Bila makan tuh,
masing-masing tak berbunyi sebab sedap sangat semua makanannya.
Memang sedap sungguh. Adoi
langsung rasa lapar sekarang.
BBQ Dinner
Ingatkan makan tengahari
tuh dah cukup sedap tapi BBQ dinner Pangkor Coral Bay Resort lagi awesome
rupanya.
Den boleh katakan BBQ
Dinner di Pangkor Coral Bay ini antara BBQ yang den pernah makan dalam hidup
den sebab ada pelbagai jenis makanan yang semuanya sedap-sedap.
Tak payah cerita banyak la
ye. Korang tengok la gambar-gambar makanan yang memang sedap sehingga menjilat
jari nih ha.
Langsung menyesal buat write up ni sebab terkenang-kenang food kat sini |
Yang tak bestnya walaupun
den cuba makan sebanyak mana pun tetap la juga den tak dapat makan banyak sebab
perut dah nak pecah huhuhuhuhu.
Sarapan Pagi
Breakfast pun sedap juga.
Adoi la. Makan berpinggan-pinggan.
Boleh den katakan semua
makanan kat Pangkor Coral Bay Resort memang sedap-sedap belaka.
Tak sempat nak ambil gambar
sebab terlalu fokus makan sampai lebam.
Satu-satunya gambar breakfast yang den sempat ambil |
Ada nasi goreng, ketiaw
goreng, egg station, bubur, roti canai (lembut sungguh), etc.
Memang heaven makanan di
sini.
Pantai Pasir Bogak
Ini antara salah satu
kelebihan Pangkor Coral Bay Resort sebab ianya terletak sepelaung je dari
Pantai Pasir Bogak ni. Tak sampai 5 minit berjalan kaki nak ke pantai. Boleh
layan sunrise dan sunset di sini kalau tak nak mandi laut.
So kalau ada sesiapa
merancang hendak bercuti ke Pulau Pangkor, boleh pertimbangkan Pangkor Coral
Bay Resort untuk penginapan korang k.
Untuk sebarang maklumat
lanjut dan pertanyaan berkaitan Pangkor Coral Bay, sila hubungi:
Website: https://www.pangkorcoralbay.com.my
Instagram: https://www.instagram.com/pangkorcoralbay
Telefon: 05-6855111
0 Comments