Selera Senibong Seafood, Johor Bharu
Dah alang-alang berjimba
kita makan sedap la gitu ye.
Ada gugusan deretan
restoran seafood di Senibong ni.
Kitaorang buat keputusan
makan kat restoran yang pertama yang korang akan nampak kalau korang ke sini
iaitu Selera Senibong Seafood.
Masa kitaorang pergi tuh,
restoran ni yang paling banyak pilihan seafood nya sampai kitaorang jadi
terkesima lalu pesan pelbagai jenis seafoods yang menyebabkan perut kitaorang
segah teruk nak menghabiskan semua makanan huhuhuhu.
Korang tengok ye
gambar-gambar seafood yang sempat den rakamkan ye.
Seafood yang kitaorang
makan memang fresh.
Harga untuk semua hidangan
(ikan kerapu, 2 ketam, 6 udang, kerang, kangkung belacan, sepinggan buah-buahan, nasi dan 4 jenis air buah) yang membuatkan den naik 2 kg dalam sekelipan mata ni adalah RM 237.
Rasa sedap je la macam
seafood kat restoran seafood lain.
Yang specialnya adalah
makan seafood sambil ditiup angin sepoi-sepoi bahasa, di tepi laut dan
menikmati pemandangan lampu-lampu bekerlipan di Singapura dari kejauhan.
Ada surau dekat kawasan
restoran di Senibong ni.
Kat depan restoran, ada
deretan kedai yang menjual pelbagai cenderamata, baju, mainan, etc.
Tak tau sebab den dah tua
ke apa, den rasa semua seafood yang den makan akhir-akhir ni sepesen je
rasanya. Memang sedap tapi camtuh la dia. Maksudnya rasa seafood di JB sama je
dengan rasa seafood di Melaka gitu.
Kalau korang dah ada kat JB
ni boleh je la makan seafood di sini k.
4 Comments
Terliur tengok. Ketam tu masak apa ye?
ReplyDeleteSalted egg. Memang sodap:)))
Deletesedap semuanya. rambang mata dibuatnya. cuma bila dah tua ni x boleh mkn seafood sgt esp udang, ketam, udang n sotong...
ReplyDeleteHa...seafoods ni antara penyumbang gout ni kan. Sedap sangat tapi kena makan berpada-pada
Delete