Araluen Botanic Park, Perth
Entry ini akan penuh dengan
gambar-gambar tulips yang berwarna-warni yang boleh menyebabkan kebosanan
hehehehehehe. Maka bertabahlah ye.
Perjalanan ke Araluen Botanic
Park dari Perth City mengambil masa lebih kurang 1 jam untuk sampai. Boleh
tahan juga jalan bengkang bengkok nak menyampaikan ke sini.
Cuba sampai paling awal kat sini
k supaya tak ramai orang lagi so senang nak mengambil gambar hehehehehehe.
Kitaorang antara pengunjung
yang sampai paling awal pada 9 pagi. Sakan
kitaorang bergambar dengan pelbagai tulips yang berwarna-warni. Paling kurang
den rasa perlu spend at least 3 hours lagi-lagi kalau spesies setiap port nak
bergambar (tak termasuk la 1 spot ambil gambar sampai 10 kali sebab tak puas
hati shot tak cun.....sapa la tuh kan.
My favourite photo |
Another favourite photo. Gambar diambil sebelum kena haippp kena staff kat sini heheheee |
3 jam ni pun tak cukup masa
untuk tengok semua tulips dari kawasan landai hingga tengok tulips di kawasan
yang lebih berbukit.
Sila naik tram AUS$5 atau RM15
yang mana korang akan dibawa pusing the whole area yang tram boleh lalu. Kitaorang
tak sempat naik tram ni sebab mengejar masa. Kerugian pengalaman di situ
huhuhuhuhuhu.
Sila minum kopi sambil
menikmati pemandangan tulips. Ini pun kitaorang tak sempat buat sebab masa
penuh terisi dengan aktiviti mengambil gambar bersama tulips sampai lebam.
Haish.
Kitaorang tak tersempat pun nak
tengok apa souvenirs yang ada dijual di gift shop tuh ha.
Di samping tulips, Araluen
Botanic Park nih juga ada pelbagai spesies tumbuhan yang lain, ada mini
waterfall, anak sungai, kolam, etc.
Tempat nih memang best untuk
kita berehat-rehat, melihat pemandangan, berkelah, menghirup udara segar, etc.
Kawasan nih memang best.
Semua tulips yang terdapat di
sini tidak boleh disentuh ye. Ada beberapa kali juga la kitaorang kena tegur
dengan pekerja kat sini sebab dok pegang bunga tulips masa nak bergambar
hehehehehehe. Kalau dah sentuh pun tak boleh, petik bunga tulip lagi la
dilarang ye.
Kepada sesiapa yang nak melawat
Perth dan memasukkan agenda melihat tulips semasa lawatan tersebut, memang
perlu datang waktu spring ye. Kena tengok betul-betul bila musim spring sebab
Perth terletak di Hemisfera Selatan so musim bunga adalah pada pertengahan Ogos
hingga Oktober.
Tulips biasanya berbunga pertengahan
Ogos hingga pertengahan September. Den sarankan datang pada pertengahan Ogos
atau awal September untuk tengok tulips sebab masa kitaorang tengok tulips pada
5 September 2018 tuh, dah ada tulips yang kembang. Tulips nih cantik masa
kuncup. Masa kembang memang tak lawa.
Contoh tulips yang dah kembang |
Aktiviti melihat tulips di Araluen
Botanic Park adalah aktiviti terutama yang den paling teringin apabila ke Perth
pada kali ini. Alhamdulillah ada rezeki nak tengok tulips.
Kalau bawa anak-anak den depa
sure akan suka naik tram je la pun dan melompat-lompat nak rendam kaki dalam
anak sungai yang mengalir jernih tuh ha. Sure depa buat dek je kat tulips yang
cantik-cantik tuh hehehehhee.
6 Comments
Seronoknya dapat tengok bunga-bunga tulip. Cantik sangat tempat dia.
ReplyDeleteMemang cantik sangat sebab berwarna-warni. Rasa macam tak nak balik hehehhehehee
Deletecantik n bersih taman bunga di Perth ini. kalau ada duit mmg nak gi sana la..
ReplyDeleteMemang cantik sangat Abam Kie. Boleh mula menabung dah untuk ke sini.
DeleteCantik betul! Kami tak g sini sebabnya ms kami g tu musim luruh.. so tak sesuai ke sini.. hehehhe.. pasni bole repeat lagi la g musim bunga plak.. hehhee..
ReplyDeleteHa....wajib repeat tuh ezzan sebab memang cantik sangat-sangat cuma make sure spend masa lama sikit di sini untuk puas hati
Delete