Den memang berhajat nak makan asam pedas kat sini kalau terdatang ke Melaka sebab tengok FB depa dok tunjuk gambar-gambar asam pedas telur ikan parang dan telur ikan tenggiri. Tergoda sangat tengok gambar-gambar depa dalam FB tau.

Dekat Shah Alam nih den jarang jumpa orang masak telur ikan tenggiri. Kalau ada pun di kedai mamak diaorang goreng atau masak kari. Telur ikan parang lagi la tak pernah nak jumpa.
Pukul 11 dan 2 adalah asam pedas telur ikan tenggiri. Pukul 7 adalah asam pedas telur ikan parang.
Lokasi kedai makan Asam Pedas Osamin nih tak jauh pun dari bandar Melaka, dalam 15 - 20 minit memandu.

Kedai nih terletak di sebelah jalan raya besar dan di sebelah Sekolah Kebangsaan Telok Mas Melaka. So tempat letak kereta in sya Allah memang tiada masalah.
Den boleh katakan kat sini sediakan perut je la sebab ada masakan asam pedas bagi pelbagai spesis ikan. Ada asam pedas ikan sembilang, ikan kembung, ikan merah, ikan pari, etc. Ada juga asam pedas ayam, daging, kepah, etc.
Yang ini tak sempat nak rasa. Harus kena ulang ke sini.
Tak tersempat nak capai nih.  Kena repeat lagi nampaknya ni.
Untuk kanak-kanak yang tak makan pedas macam anak-anak den, boleh je la ambil ikan bakar, ikan bawal goreng, ayam masak kicap, ada telur, masak lemak, sayur, etc.
In sya Allah satu keluarga memang boleh menjamu selera dengan senang hati kat sini.

Den dan buong makan asam pedas kepala ikan tenggiri dan asam pedas telur ikan parang. Ikutkan hati nak je ambil macam-macam jenis asam pedas lagi sebab semua nampak macam kacak tapi mujur la sedar diri kan. Makan asam pedas yang dua jenis tuh pun dah segah perut.
Asam pedas telur ikan parang. Kecur plak air liur membuat entry nih. Haish
Kepala ikan tenggiri. Sodap diratah nih. Budak-budak ngeri je tengok mama dia makan mata ikan bagai hehehehehehe
Asam pedasnya secukup rasa dan yang paling penting tidak terlalu pedas. Walaupun kuah nampak macam cair sedikit tapi tak kurang rasa sedapnya. Yang bestnya takde rasa hanyir sikit pun kat telur dan kepala ikan tuh. Memang boleh ulang makan kat sini kalau terdatang ke Melaka lagi.

Harga pun Alhamdulillah sangat mampu milik. Kitaorang bayar RM 35 untuk 3 pinggan nasi + asam pedas kepala ikan tenggiri + asam pedas telur ikan parang + 1 telur kicap + 3 batang aiskrim termasuk conetto bagai + air teh o ais + sirap + air kosong. Memang tak dapat harga macam nih kat Shah Alam oiiii.

Masa nak bayar tuh kakak di kaunter tuh bagi rasa kuih tiram atau kuih kapal terbang yang ada di situ. Bagi den nih kuih tiram yang paling sedap den pernah rasa sebab nipis, rapuh dan kurang manis. Langsung la beli sebalang dengan harga RM15.
RM 15 sebalang. Kena sungguh dengan tekak den.
#Kuih tiram sebalang nih habis dimakan sekali hadap anak beranak kat hotel ye huhuhuhuhu. Siap singgah ke sini lusanya untuk beli 2 balang lagi on the way balik ke Shah Alam sebab memang sangat kena dengan tekak.

So sesiapa yang datang berjimbaan ke Melaka, boleh singgah makan asam pedas sedap di kedai Asam Pedas Osamin nih ye. Jangan lupa beli sekali kuih tiram yang sedap tuh.

Alamat : KM 10, Kampung Telok Mas, Melaka.

Waktu operasi :

Isnin - Selasa, Khamis - Ahad.
8 pagi - 5 petang setiap hari.
Rabu TUTUP ye.

Facebook : Asam Pedas Osamin
  
IG : @asampedasosamin

4 Comments

  1. X pernah makan lagi asam pedas telur ikan parang. Terliur tengok gambar-gambar. Bestnye dpt JJCM Melaka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ke Melaka, cuba singgah ke kedai nih ye. Memang sangat berbaloi-baloi.

      Delete