Kedai Emas Murah di Shah Alam
Esok dah nak
masuk bulan puasa nih, akan ada ramai juga kaum wanita yang akan terpesona untuk membeli barang kemas untuk
dipakai di hari lebaran, tak kisah la beli barang kemas sebab dapat duit kutu
ke, dapat duit bonus ke, trade in dengan barang kemas lama untuk mendapatkan
barang kemas baru ke, etc.
Sekarang ni
dengan teknologi di hujung jari, kita boleh je beli barang kemas secara online
dengan trusted seller di beberapa page menjual emas di Facebook.
Walaubagaimanapun,
masih tetap juga ada orang yang masih suka ke kedai emas sebab perasaan mencuba
setiap satu barang kemas yang terpilih adalah sangat wow. Kadang-kadang dengan
hanya berada di kedai emas sambil dikelilingi pelbagai jenis barang kemas
merupakan satu terapi dan memberi lebih kepuasan kepada sesetengah orang. Ada
juga orang yang takut nak beli barang kemas online sebab pernah ditipu atau
tidak mahu mengambil risiko. Makanya kedai emas setakat ini masih relevan dan
signifikan (dah kenapa ayat gomen kan?)
Den nak
share tentang satu kedai emas yang den rasa menawarkan harga emas yang paling
murah di Shah Alam. Kedai tersebut adalah Khaalish Jewels yang mempunyai 2
cawangan di Shah Alam iaitu di Ole-Ole Shopping Centre, Seksyen 18 dan Plaza
Massalam, Seksyen 9.
Gambar nih den ambil di google. Nih kedai di Ole-Ole Shah Alam |
Kedai
Khaalish Jewels ini menjual emas pada harga emas semata, tiada upah dan tiada
GST. Contohnya, ketika harga emas 916 di Poh Kong Selasa minggu lepas adalah RM
205/gram tidak termasuk upah, harga emas di Kedai Khaalish Jewels pada hari yang
sama adalah RM 189/gram, maka nilai RM 189 itulah yang akan didarabkan dengan
nilai berat barang kemas yang dibeli. That’s all. Memang tiada tambahan harga
upah dan GST. Hanya berat barang kemas yang dibeli x harga emas pada hari
tersebut.
Contohnya beli
rantai tangan dengan berat 10.29 g. Makanya harga yang perlu dibayar pada hari
harga emas RM 189/gram adalah 10.29 g X RM189 = RM 1994.81.
Bagi
pembelian barang kemas RM 2 ribu ke atas, kita boleh mendapatkan kad VIP
Khaalish Jewels di mana kita boleh menggunakan kad ini pada pembelian akan
datang dengan mendapat potongan RM3 bagi setiap gram barang kemas tersebut.
Jika harga emas pada hari tersebut adalah RM 189/gram, kita boleh membeli
barang kemas tersebut pada harga RM 186/g dengan menggunakan kad VIP tersebut.
Kedai
Khaalish Jewels ini juga akan membuat flash sale pada masa-masa tertentu dengan
harga emas per gram diberi diskaun. Masa flash sale ini, kad VIP tidak boleh
digunakan kerana harga emas per gram telah diberikan diskaun.
Walaupun
kepelbagaian barang kemas di Khaalish Jewels ini mungkin tidak semeriah di
kedai emas berjenama lain macam Poh Kong, Tomei, Habib Jewel, etc, ianya tetap
menawarkan barang kemas dengan rekaan terkini dan rekaan yang diminati ramai
sepanjang zaman.
So kepada
sesiapa yang berhasrat hendak membeli barang kemas sempena lebaran, nak
bertunang, nak berkahwin, self reward, etc, bolehlah berkunjung ke 2 cawangan
Kedai Khaalish Jewels ini ye.
Kedai
Khaalish Jewels juga menjual gold bar dan gold mint tapi tidak banyak.
Seperti
kedai emas lain, Kedai Khaalish Jewels menerima trade in barang kemas serta
menyediakan perkhidmatan menjual barang kemas secara ansuran.
Kedai ini
menerima bayaran secara tunai, kad debit dan kad kredit.
So boleh la
berkunjung ke Kedai Khaalish Jewels ini ye:
No 2-8-1, Tingkat 2,
Ole-Ole Shopping Centre,
Jalan Pinang A 18/A,
Seksyen 18, Shah Alam.
Tel : 03-55412690
Waktu operasi : Isnin - Ahad (11 pagi - 9.30
malam)
Lot F7, Tingkat 1,
Plaza Massalam,
No. 2 Jalan Tengku Ampuan Zabedah E 9/E,
Seksyen 9, Shah Alam.
Tel : 03-55101292
Waktu operasi : Isnin - Ahad (10 pagi - 10
malam)
Selamat
merelit merelap dengan barang kemas baru di hari lebaran ye.
Emas tak
kira la emas 916 dan 999 telah dikhabarkan merupakan antara simpanan kalis
inflasi cumanya emas 999 nih mahal sedikit kalau nak dibandingkan dengan emas
916. Ada je la barang kemas 999 tapi limited dan harganya lebih mahal. Kalau
macam Bruno Mars tuh, den suspect rantai emas sebesar tali kapal yang dia suka
pakai tuh adalah emas 999 sebab dah tajuk album dia 24K Magic
kot……hehehehehheehe…nak juga sebut nama Bruno Mars ye.
Bila la nak kaya kayak dan dapat beli barang kemas yang sure beratnya merebehkan leher |
#Walaubagaimanapun,
sekiranya berhasrat hendak membeli barang kemas dengan harga yang lebih murah
daripada harga yang ditawarkan di Kedai Khalish Jewels ini, the only choice
yang tersedia adalah membeli barang kemas second hand. Kalau kita memang tiada
preference nak pattern barang kemas macam mana, barang kemas second hand adalah
pilihan terbaik kerana kita tetap akan mendapat barang kemas 916 tetapi dengan
harga yang lebih rendah.
0 Comments