Pura Danau Bratan
Masa dok diskus pasai kebarangankalian nak
melawat Bali, member den yang terkinja-kinja sangat nak pergi sini pasai gambo
pura nih ada kat duit Rp 50,000.
Pura Danau Bratan nih adalah pasal sebuah
kuil yang terletak di atas Tasik Danau Bratan.
Yang istimewa pasai pura nih adalah ia
diabadikan kat duit Rp 50,000 tu la.
Dari Ayunan Wanagiri Buleleng nak ke sini
dalam 40 minit.
Parking kat sini Rp 5,000 @ RM 1.70.
Tiket untuk sorang Rp 50,000 @ RM 16.90.
Kaunter tiket dah macam kaunter hotel kita nak check in |
Kawasan pura tuh memang luas. Ada pura yang
digunakan untuk sembahyang, kawasan lapang yang ada macam-macam pokok, kerusi-kerusi
untuk kita berehat, kandang rusa, gerai makan, gerai cenderahati, etc. Kalo
berjalan-jalan secara sopan dan at every spot nak amik gambo, mau 1 jam jugak kena
spend kat sini.
Entrance masuk ke kawasan pura |
Dah ada sampan itik bagai den suspek ada aktiviti mengayuh itik tuh kat tasik nih ala-ala kat Tasik Shah Alam tapi den takde la menyiasat bila aktiviti mengayuh itik tuh bley dibuat kat sini |
Tasik/Danau Bratan |
Jalan pun bercorak-corak. Memang berseni orang Bali nih. |
Pura yang ada kat daratan (bukan kat tasik)
tuh kita bley amik gambo dari luar je macam Pura Tirtha Empul dan Pura Uluwatu (maybe
semua pura kat Bali nih). Sapa nak sembahyang baru bley masuk situ.
Kamera den kat sini memang terpleot. Banyak gambaq gelap-gelap tatau kenapa. |
Pura yang orang bley masuk sembahyang |
Antara rusa yang ada kat situ |
Pura yang kat tasik yang ada gambonya kat duit
Rp 50,000 tuh kita tak bley jejak pun. Just ambil gambo dari kejauhan je la.
Macam den nih memang tak minat sangat nak
tengok architecture pura ke ape, den suka pemandangan tasik dan pokok menghijau
je la. Kawasan menghijau yang ada kat sini chantek nak dipotretkan sebab warna
hijau dia menyerlah.
0 Comments